[MUKA DEPAN]     [GOSIP]      [HANTAR CADANGAN]   [EMAIL]

Parti Keadilan Berpecah Dalam Usia Setahun Jagung
 
 
Marina Yusof
Chandra Muzaffar
Ezam Mohd Nor

Parti Keadilan sedang menuju kehancuran sehingga beberapa pemimpin peringkat negeri dan pusat terpaksa meletak jawatan kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan parti yang diterajui oleh Dr. Wan Azizah Ismail.

Umum kini telah melihat kepincangan kepimpinan Dr. Wan Azizah sebagai Presiden Parti Keadilan telah memberi kesempatan kepada Dr. Chandra Muzaffar untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam pentadbiran parti sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada beberapa pemimpin tertinggi.

Ekoran daripada tingkah laku Dr. Chandra yang tidak begitu disenangi telah memaksa  Marina Yusof salah seorang “celebriti”nya, terpaksa meletak jawatan sebagai Naib Presiden kerana tidak puas hati dengan cara Dr. Chandra.

Selain itu, sebilangan besar ahlinya juga tidak senang dengan kaedah pengurusan organisasi. Itulah masalah yang dialami oleh parti yang baru berumur setahun jagung.

Bagaimana hendak memerintah negara dengan pelbagai kelemahan yang dihadapi kini?

Jika pemimpin parti Keadilan bertanding pada pilihan raya akan datang jangan undi mereka. Mereka telah terbukti gagal menjadi pemimpin yang baik. Belum dapat kuasa sudah bertelagah sesama sendiri bila dapat kuasa hancur negara jadinya.

Parti Keadilan tiada dasar perjuangan yang jelas. Ahli tertarik menyertainya kerana istilah Adil itu sahaja, yang mana sebenarnya TIDAK ADIL. Dan juga simpati terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kini kebenaran telah muncul dan rakyat tahu mereka sebenarnya tertipu oleh agenda politik kalangan tertentu , pendek kata kecewa kerana kehilangan tempat bergantung (@ kroninya).

“Chandra suka memerintah secara kuku besi. Sepuluh kali lebih teruk dan kita beruntung kerana kita dipimpin oleh Mahathir”

“Dr. Chandra langsung tidak mahu menerima pandangan orang lain. Malah Presiden parti , Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail juga pernah dimaki hamunnya”. Petikan kata-kata Marina Yusof.

Sebenarnya barisan parti pembangkang ini sudah dimaklumi sebagai parti maki hamun.  Dari petikan kata-kata Marina Yusof itu pasti rakyat dapat menilai sendiri. Apa lagi mahu diharap kepada parti Keadilan. Kalau begitulah sikap pemimpinnya. Bak kata perpatah Melayu “Paku dulang paku serpih, Mengata orang dia yang lebih.”
- Kembali ke muka utama