 |
Sara (2001)
Tagline : "'lang dah dapat..."
Genre
: Romance / Comedy
Format : 35 mm / Colour
Language : Malay
Director :
Along Kamaruddin
Producer :
(Tayangan
Unggul Sdn Bhd)
Maznita
Mokhtar (executive)
(Astro
Shaw)
Award :
Promising New Director (Along Kamaruddin) ... 15th Malaysia Film Festival, 2001
Synopsis :
Malay - Filem ini berkisar tentang masalah pembelian tanah di sebuah
kampung di Tanjung Harapan. Manaf berasal dari kampung
tersebut dan merupakan seorang lelaki yang ringkas tetapi berpendirian tegas. Manaf
yang berpendidikan luar negara, pulang ke kampungnya setelah tamat
pengajian. Tujuannya pulang ke kampung adalah kerana tidak mahu melihat orang-orang kampung
'disalahgunakan' oleh orang bandar. Manaf juga ada bakat mengukir dan sayangkan
binatang. Dia kemudian membuka kolam memancing, mengusahakan chalet dan menjual ikan pekasam.
Cerita ini seterusnya menemukan Manaf dengan
Sara, seorang gadis lincah dan berpendidikan barat serta mempunyai ego tersendiri.
Sara datang ke kampung tersebut untuk membeli tanah, maka bermulalah perkenalan Manaf dan Sara.
Sara yang merasa tercabar dengan sikap degil Manaf yang enggan melepaskan tanah miliknya
itu bersetuju mengahwini Manaf semata-mata inginkan tanah pusaka
Manaf. Pergolakan timbul sebelum dan selepas berkahwin. Biarpun menjadi suami isteri, masing-masing melakukan hal
sendiri. Dalam pergolakan itu berputik cinta di hati Sara...
English - A romantic comedy, set in the picturesque Tasik Chenderoh, Perak, it revolves around
Sara, a property developer, and Manaf, a villager who owns a much sought after piece of
land. Being a determined entrepreneur who rarely admits defeat, Sara pursues the
acquisition of Manaf's land, even though Manaf refuses to sell his family inheritance.
Kassim, Sara's father, likes Manaf and tries to match-make the both of them. He succeeds,
though not in the way he wanted it to happen. In her zeal, Sara even marries Manaf to
accomplish her mission.
Trivia :
Tarikh mula tayangan umum: 28 Jun 2001
Kos penerbitan: RM1 juta; Kos promosi: RM300,000
Antara lokasi penggambaran: Lenggong, Tapah, Ipoh (Perak); Kuala Lumpur
Pengedar filem: Skop Productions Sdn Bhd (Yusof
Haslam)
Penggambaran berjalan selama 50 hari
Rosyam Nor terpaksa menolak
tawaran untuk
berlakon watak Manaf kerana terlibat dengan tugas
lain. Tempat beliau diambil alih oleh Shamsul Ghau Ghau
Nasha Aziz menjalani uji bakat untuk memegang watak Sara. Bagaimanapun
Nasha didapati tidak bersesuaian untuk bergandingan dengan Shamsul Ghau
Ghau
Para pelakon menjalani latihan di bawah bimbingan Fatimah Abu Bakar (pelakon
teater) selama
sebulan sebelum penggambaran dimulakan
|