![]() |
Terkini Latest |
. | . |
Welcome to Malay Films website Selamat datang ke laman web Filem Melayu ![]() Pengenalan : Laman web ini disediakan khas untuk peminat-peminat filem di seluruh dunia khususnya para peminat filem-filem Melayu buatan Malaysia dan negara sekitarnya. Laman web ini dipersembahkan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris untuk memberi peluang kepada semua kaum mengenali filem Melayu. Semoga filem Melayu akan terus maju dengan sokongan anda semua. ![]() Introduction : This website is made for all film fans around the world especially Malay/Malaysia film fans. As you can see, this is a bilingual website, Malay and English. Most of the important information will be provided in English while the less important (like trivia & dialogue) will be in Malay language. Thank you for keep on supporting Malay films.
Subscribe to filemelayu Malay Films on TV |
FILM NEWS Berita Filem ![]() 6 January 2002 Filem Lagi Lagi Senario (LLS) berjaya membuat kutipan tiket sebanyak RM5 juta dalam masa cuma 14 hari tayangan sejak ia mula ditayangkan pada 16 Disember 2001. Sekarang LLS memasuki minggu ke-4 tayangan dan dijangka memecahkan rekod Box-Office filem Sembilu II sebanyak RM6.4 juta pada tahun 1995. Filem-filem Senario sebelum ini - Senario The Movie dan Senario Lagi masing-masing mencatat kutipan tiket melebihi RM5 juta tetapi LLS terbukti lebih hebat kerana menyamai rekod tersebut dalam masa yang amat singkat. Selain peminat yang ramai, Senario beruntung kerana LLS ditayangkan dalam musim cuti panjang hujung tahun bersempena Hari Raya dan cuti persekolahan di mana ramai di kalangan penonton yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja tidak melepaskan suasana keriangan tersebut untuk bergelak ketawa dengan komedi Senario di layar perak. Sesi promosi bergerak besar-besaran LLS juga diadakan di beberapa buah bandar dalam setiap negeri di Malaysia. Situasi pada masa ini pula menimbulkan persoalan - akan adakah filem Senario ke-4? Bila? Mungkinkah penonton akan jemu... 'Balik-Balik Senario'! Atau Senario akan terus membuat keuntungan sampai bila-bila... mungkin tidak, tambahan pula kes Yasin Senario cuma akan dibicarakan pada Ogos nanti. Mungkin filem ke-4 Senario, mereka kembali berempat. Selain itu, persoalan yang tidak kurang pentingnya, adakah Aziz M. Osman akan terus mengarah filem-filem Senario? Senario telah berjaya mencipta nama mereka sendiri. Kenapa tidak mencuba pengarah lain? Kenapa tidak Yusof Haslam mengarah komedi Senario... atau Senario tidak akan ada filem tanpa Aziz M. Osman. Jangan lepaskan peluang. Saksikan Lagi Lagi Senario yang sedang ditayangkan sekarang - khys LATEST UPDATE |
Film Diary Diari filem ![]() |
|
Event : Public screening for 'Kuala Lumpur Menjerit' |
Event : Public screening for 'Anak Mami The Movie' |
Search this site | Front Page gallery | Guestbook |
![]() © khys webdesign ![]() |
![]() Top 5 of CARI ![]() |
![]() Hits to this page since 15th October 1999 ![]() |
. | Terkini | Ulasan | Muzik | Pelakon | Pengarah | Filem | Trivia | Gambar Rencana | Anugerah | Dialog | Tetamu | E-mail | Luar Negara | Home |
. |
http://filemelayu.cjb.net | © khys 1999-2002 |