1. Menghafal 20 unsur yang pertama dalam jadual berkala

Cerita berikut boleh membantu anda menghafalkan 20 unsur pertama dalam jadual berkala.

Hint !

He

Lives

Behind

Bukit

Cina

North

Of

France

Never

Name

Mg

Always

Sing

Pop

Song

Clean

Area

Keep

Cat

       

2. Menghafal bilangan cas pada ion.

Cas pada ion positif
Kebayakan ion logam bercas +2. Ini bermakna anda hanya perlu meningat ion logam yang bercas +1, +3, dan lain-lain.

(a) Ion logam yang bercas +1 ialah ion logam dalam KUMPULAN I iaitu Li+,  Na+, dan K+. Lain-lain ion yang bercas +1 ialah Ag+, NH4+, dan H+.
(b) Ion logam yang bercas +3 ialah Al3+.
(c) Nombor Roman pada suatu ion logam menunjukkan bilangan casnya. Misalnya, ion ferum(II) = Fe2+ dan ion ferum(III) = Fe3+.

Cas pada ion negatif
Kebayakan ion negatif bercas -1. Ini bermakna anda hanya perlu meningat ion negatif yang bercas -2 dan -3.

(a) Beberapa ion negatif yang bercas -2 ialah O2-,  SO42-, CO32-, CrO42-, dan  Cr2O72-.
(b) Ion bercas -3 yang umum ialah PO43-


3. Menentukan formula sebatian kovalen

Formula sebatian kovalen boleh ditentukan dengan mudah secara mencari nisbah elektron-elektron yang diperlukan untuk mencapai susunan elektron oktet.

Misalnya,

(a) Tetraklorometan (terdiri daripada karbon dan klorin)

Unsur Karbon Klorin
Susunan elektron 2, 4 2, 8, 7
Bil. elektron yang diperlukan 4 1
Saling tukar bil. elektron yang diperlukan 1 4
Nisbah 1 : 4

Jadi, formula bagi tetraklorometana ialah CCl4.

(a)  Karbon dioksida (terdiri daripada karbon dan oksigen)

Unsur Karbon Oksigen
Susunan elektron 2, 4 2, 6
Bil. elektron yang diperlukan 4 2
Saling tukar bil. elektron yang diperlukan 2 4
Nisbah 1 : 2

Jadi, formula bagi karbon dioksida ialah CO2.


4. Mengimbang persamaan pembakaran alkana, alkena, dan alkohol.
Persamaan pembakaran alkana, alkena, dan alkohol boleh diseimbangkan dengan mudah dengan mengira bilanagan atom C dan atom H dalam setiap sebatian itu.

Misalnya,

(a) C2H4 + O2 -------> CO2 + H2O

Terdapat 2 atom C dan 4 atom H dalam etena (C2H4 )
Tambahkan 2 di depan CO2
Tambahakan 2 di depan H2O
Jadi , C2H4 + O2 -------> 2CO2 + 2H2O

Kira bilanagn atom O di sebelah kanan, iaitu (2x2 +2= 6)
Tambahkan 3 di depan O2.

Jadi, C2H4 + 3O2 -------> 2CO2 + 2H2O sudah seimbang.

(b) C3H6 + O2 -------> CO2 + H2O

Terdapat 3 atom C dan 6 atom H dalam propana (C3H6 )
Tambahkan 3 di depan CO2
Tambahakan 3 di depan H2O
Jadi , C3H6 + O2 -------> 3CO2 + 3H2O

Kira bilanagn atom O di sebelah kanan, iaitu (3x2 +3= 9)
Tambahkan pecahan 9/2 di depan O2.

Jadi, C3H6 + 9/2O2 -------> 3CO2 + 3H2O sudah seimbang.


This page hosted by Get your own Free Home Page