Petua Keharmonian Suami-isteri

76 Petua Ilmiah Memenangi Hati Wanita

Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati
wanita kekasih anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah
mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan
perhatian.  Tapi ingat, ia khas untuk suami isteri:

Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda
lakukan perkara lain dan peluklah dia.
Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar
apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan
sifat memahami anda.
Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya
selama setengah jam setiap hari.
Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa
lebih-lebih lagi pada tarikh ! atau perayaan yang bermakna.
Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan
menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia
hendak buat.
Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk
memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa
parasnya.
Akui perasaannya bila dia merasa marah.
Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut
membuat persediaan.
Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu
dia tentang hal itu.
Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu
perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah
kerana bertanya.
Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan
nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'.&nbs! p; Kemudian
diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memah ami yang dia
tersinggung.  Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya
itu bukan salah anda.
Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan
padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk
berfikir mengenai sesuatu.
Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,
bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara
yang hormat dan tidak menyalahkan dia.  Dia perlu tahu agar dia tidak
menyangka yang bukan-bukan.
Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan
kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah
atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV.  Berikan perhatian
sepenuhnya.
Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia
untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.  Bantulah
dia menggosok bekas y! ang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak
buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang
akan dilakukannya.
Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut
Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
Berikan dia lima kali pelukan setiap hari.  Satu waktu subuh, satu
zohor, asar, maghrib dan isya'.  Jika tidak berkesempatan, himpunkan
dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan
sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan ! tolong buang
sampah.  Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.
Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda
selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
Basuhkan kereta yang dipakainya.
Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu
yang dia suka.
Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi
isteri anda.  Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh
diselesaikan kemudian.
Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan
kakinya.
Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan
untuk jima'.
Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda.  Jangan
mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak
ramai.
Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku
dan lumpuh.
Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh !
suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk
menentukan di mana hendak makan.
Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka
pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau
diharuskan.
Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika
anda berada di khalayak ramai.
Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda.  Biarkan anak-anak
anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih
utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
Belikan untuknya pakaian.  Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta
warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya.  Atau anda boleh
belikan kain untuk dijahit emudian! nya.
Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-t empat
yang mahu dijadikan kenangan.
Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang
romantik.
Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan
menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh.  Pandulah dengan
selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula
terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang
menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari
ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar
anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan
anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
Solat bersama dan berdoa bersama.
Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa a! wal-awal dahulu.
Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa
untuk itu.  Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang
tidak mampu anda lakukan dengan baik.  Tolong asah pisau.  Gunakan
gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah.  Tolong
gantikan lampu yang telah terbakar.
Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima
melalui telefon.
Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
Bukakan pintu untuknya.  Tawarkan diri untuk membawa barangan yang
dibawanya.  Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat.  Jika hendak
berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
Bila dia memasak, pujilah masakannya.
Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya.  Tunjukkan
bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak! '.  Di masa
yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila a nda berkata
kepadanya.
Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang
dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring
dengannya.
Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila
anda mahu keluar rumah.
 

==reply email to==
-halims@mac.com or halim@mac.com-

/ home / galeri / foto kumpulan / Kota Bahru / foto kenkawan / rekabentuk / petua / iktibar /