Pengenalan/Muqaddimah |
*******************
TARIKAT: Ibn Ata'illah
OTHER |
***************************************************************
Bismillah -UNDER CONSTRUCTION- PENGENALAN ASAS: TARIKAT - TASAWUF Satu pengalaman dengan rengkas Laman Web Personal/Tidak Resmi Nov 2001 disusun oleh seorang murid/salik yang hina, lemah, daif lagi fakir, dalam perjalanan batin menuju kepada Allah. Saya seorang pengikut Tarekat Nagsyabandi, Malaysia. Dipimpim oleh seorang Mursyid YDSM, Syeikh Haris, seorang wali Allah, tidak dikenal di dunia tetapi terkenal dilangit. Ramai orang terkeliru dengan tarikat, tasawuf, sufi. Maka disini saya
dengan rendah diri memberi sedikit penerangan/penjelesan kepada muslim
yang ingin mencari kebenaran & keredaan Allah. Juga ingin saya memenuhi
adab mengajak orang lain masuk tarikat. Sudah banyak kami pelajari dari
guru kami. Banyak lagi kami tidak tahu dan banyak lagi perlu dipelajari
dari guru kami.
|
*******************
|
***************************************************************
* Maksud firman Allah: "Tidaklah Aku ciptakan jin & manusia melainkan supaya mengabdikan diri kepada Ku". (Az-Zariyat:56) TUJUAN HIDUP "Yang paling mulia diantara kamu adalah yang paling takwa". *Sabda Rasulullah: "Ingatlah! Bahawa dunia itu terkutuk dan apa yang ada didalamnya terkutuk, kecuali zikrullah dan segala yang serupa dengannya, orang yang alim dan orang yang belajar". Berkata Abu Darda: "Jadikanlah kamu seorang yang alim atau seorang pelajar ataupun seorang pendengar dan janganlah kamu menjadi orang yang keempat, nescaya binasalah kamu". Kenapa kita perlu bertarikat? Tarikat adalah jalan batin mencari keredaan Allah. Dunia ini adalah alam rendah, tempat ujian dan sementara. Modal yang paling utama adalah masa. Orang yang rugi adalah orang yang sia-siakan masa. * Maksud firman Allah: "Dan orang-orang yang berjihad dijalan Kami, nescaya Kami memberi petunjuk kearah jalan Kami dan sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang membuat kebaikan". (Al-Ankabut:69) TAREKAT YANG MANA Awaslah tarekat yang sesat lagi merbahaya. Senarai tarekat yang sesat diMalaysia, sila lihat: http://www.islam.gov.my/ppi/listsesat.html Guru yang belum sampai keatas, tidak mungkin boleh membawa muridnya keatas. Tetapi bukan semua tarikat itu sesat. Bahkan orang yang tidak bertarikatlah yang akan sesat dalam perjalanan kerana tidak ada guru yang memimpinnya. Cubalah naik gunung Tahan atau Mount Everest dengan sendiri. Apalagi perjalanan batin & kelangit. Nabi Muhammad s.a.w. dipimpim oleh Jibrail dalam Israj Mihraj. Kami tidak kata orang yang bertarikat sahaja yang akan masuk syurga. Niat seorang salik beribadah hanya mencari keredaan Allah, bukan kerana syurga atau neraka, apalagi dunia. Tarekat yang benar adalah kumpulan yang pegang pada Al-Quran & As-Sunnah. Ulamak mengatakan ada 40 tarekat yang benar. Diantaranya adalah : Nagsyabandi, Qadariah, Ahmadiah, Uwaiysi, dan lain-lain. "Jika kamu mengikuti kebanyakan manusia, nescyaya mereka akan menyesatkan kamu". DESTINI MU Takdir *Sabda Rasulullah: "Sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikan, nescaya diberi kefahaman dalam agama dan memandunya kearah petunjuk-Nya". Bukan semua orang yang ingin masuk tarikat. Hanya orang yang dipilih sahaja yang akan masuk tarikat yang benar. bukankah Allah memberi petunjuk kepada sesiapa dikehendakinya? Hamba tiada daya melainkan bersandar kepada Allah. Tarekat adalah jalan-jalan Allah. "Pada akhir zaman, dari 73 kumpulan, satu masuk syuga, yang lain masuk neraka". Ikutilah Kumpulan yang berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah. Dari seribu anak Adam, 999 masuk neraka, satu masuk syurga. * Maksud firman Allah: “Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhan mu, maka pasti kamu akan menemuiNya". (Al-Inshiqaq 84:6) IKHLAS & TAWADUK "Yang paling mulia diantara kamu, adalah yang paling hina". "Barangsiapa mencari kemulian akan dihina, siapa mencari kehinaan akan dimulaikan". Hendaklah sematamata mencari keredaan Allah. Bukan mencari syurga, takut
neraka, bukan cari keramat, ilmu kebal, pujian manusia, bukan ingin menjadi
wali, bukan, bukan, bukan.
ILMU sila lihat webpage ini * Sabda Rasulullah: "Menuntut ilmu itu adalah wajib keatas setiap muslim" Maksud Firman Allah: Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah menjadi ikutan yang baik kepada orang-orang yang menharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari akhirat, lalu mereka menyebut nama Allah dengan sebanyak-banyaknya". (Al-Ahzab: 21) ZIKIR sila lihat webpage ini * Sabda Rasulullah: "Zikrullah pada setiap pagi dan petang adalah lebih baik daripada menghunus pedang untuk berjihad di jalan Allah". SUNAH Tidak boleh melalaikan yang wajib. Dengan banyak2 melakukan sunah, seorang dapat rahmat dari Allah. Dengan rahmat, seorang salik dapat mendekati Allah. Bukan dengan ibadah kamu dapat sampai kepada Allah, tetapi dengan rahmatNya. bagaimana boleh dapat rahmat tanpa ibadah? hanya angan2 kosong sahaja tidak akan berhasil. Hendaklah berpegang pada Quran & Sunnah. ADAB *Sabda Nabi saw: "aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak". Adab penting dalam perjalanan. contohnya, adab sebagai seorang murid hendaklah menghormati, taat & kasih kepada guru, adab murid dengan murid, dan lain-lain lagi. UJIAN & SABAR Banyak ujian akan ditempoh. Umpama melintasi 1,000 sungei & 1,000 bukit. Contohnya : zikir setiap hari, jaga adab, ujian kesusahan, kemiskinan, fitnah dari orang jahil, suluk (uzlah/khalwat) 10 hari sehingga 40 hari setahun, zuhud, diam diri, awas godaan dunia, jauhi godaan wanita, sumbangan, menuntut ilmu, menghadirkan diri dipusat setiap minggu, banyak mengikut sunnah, tahajjud, etc. Tidak perlu tinggalkan kerja. Wajib beri nafkah kepada keluarga. EGO/NAFSU Jihad besar adalah melawan nafsu. Merendah diri, menghormati orang lain, etc. Maksud Firman Allah: "Maka hendaklah bertanya kepada ahli zikir, sekiranya kamu tidak mengetahui" . (Al-Nahl:43 dan Al-Anbiya: 7) GURU *Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya ulama ialah pewaris para nabi, mereka tidak sekali-kali mewaris dinar dan dirham, akan tetapi mereka mewarisi ilmu pengetahuan, sesiapa yang mengambilnya, nescaya mendapat keuntungan yang berlipat ganda". "Barangsiapa berlajar dengan sendiri, maka syaitan jadi gurunya". Hendaklah cari guru yang mursyid (seorang yang
sudah sampai/Auliyah).
MURSYID ku Nanti dapat izin dengan dia dulu, baru saya cerita, insyaallah. KASIH Barangsiapa tidak mengasihi hamba2 Allah, tidak mungkin akan dapat kasih Allah. Kasih Allah adalah lebeh susah diperolehi dari semua dunia ini. Kerana Kasih Allah lebeh berharga dari bumi ini yang tiada nilai. NUR MUHAMMAD Yang mula2 Allah ciptakan adalah Nur Muhammad. Dari Nur Muhammad maka tercipta segala alam, manusia, binatang, bumi, pokok2, dll. NATIJAH (Visions) Murid hendaklah report apa2 natijah kepada mursyidnya untuk tafsiran. Jangan menafsir sendiri atau report kepada seorang guru yang tidak tahu tafsir. Hendaklah simpan (rahsiakan) natijah. RAHSIA Rahsia adalah rahsia. Jika terbongkar, orang jahil tidak memahami & akan membuat fitnah. NIKMAT & SYUKUR Kebanyakan manusia tidak bersyukur, melainkan sedikit. * Maksud Firman Allah: "Sesungguhnya, kamu melalui tingkat demi tingkat". (Al-Inshiqaq 84:19) KHALIFAH *Sabda Rasulullah: "Tahukah kamu akan khalifah-khalifah ku yang mendapat rahmat? Mereka ialah orang-orang yang memegang teguh sunah ku dan mengajarkannya kepada orang lain. Mereka adalah pewaris para nabi." Dengan method/sistem tarikat, sebahagian salik, insyaallah, akan naik dari satu makam keatas satu makam. WALIULLAH Hadis Qudsi : "Wali2 ku ada dalam Kubah ku". "Tidur seorang alim lebeh baik dari sembahyang seorang abid" "Hanya seorang wali mengenal wali". Allah rahsiakan wali2nya. Bukan senang untuk sampai ke makam tajalli/makrifat. Hanya beberapa orang Mukmin sahaja yang telah dipilih Allah semenjak dalam LohMahfuz. Allah memudahkan kepada sesiapa dikehendakiNya untuk sampai kepadaNya semasa didunia supaya mereka pula dapat memimpin salik-salik lain. Berbahagialah orang2 mendapat jadi murid kepada mursyid yang wali. Roh Wali adalah luarbiasa dalam badan manusia yang biasa. SALSILA Salsila dari sahabat Nabi sehingga yang ke70 pada akhir zaman. Sekarang kebanyakan mursyid berada dipertengahan (ke38). KERAMAT Jangan mencari keramat dan terpedaya dengan keramat. Orang umum memang suka pada keramat & terpikat kepada nya. Waliallah meminta perlindungan darinya. Jauhi riak & takabur. Memang wali Allah mempunyai keramat dengan izin Allah. Seorang salik akan berhenti berjalan jika terpesona & tertipu dengan keramat. AKTIVITI Aktif dalam segala aktiviti tarikat digalakan. HARAPAN Jangan putus asa. Baik sangka. Jauhi buruk sangka. Terus mujahadah. Terus berjalan walau apa terjadi. Tiada daya melainkan pertolongan dengan Allah. BUKU : Kitab-kitab Tasawuf oleh ibn Atoillah, Iman Ghazali, dll. Tafsir oleh mursyid adalah lebeh tepat (benar), lebeh detail lagi dapat difahami. Wajib menuntut ilmu usuludin, syariat, fegah, dll ilmu ugama, dari mana-mana ustaz dan buku. Yang baik adalah dari Allah, yang salah adalah dari diri sendiri. Jika silap jangan salahkan tarikat, salahkanlah saya. Manusia pasti buat silap. Alhamdullilah, segala puji bagi Allah. Allahlah yang maha pemurah & memberi taufik hidayah kepada hamba-hamba yang dikasihi. Salawat kepada Nabi Muhammad & keluarganya. No Copyright. |
Disusun oleh seorang muridin/salikin.
Email: alta@pd.jaring.my Nov 2001 |
ASAS | ILMU | ZIKIR | others | |
Jalan Mahrifat | Ibn Ata'illah | Hidayatus Salikin | Links |