|
|
|
|
|
|
|
|
Lokus dalam dua matra merupakan lintasan suatu titik yang bergerak dalam satu satah dan mengikut syarat yang tertentu.
Terdapat empat jenis lokus yang akan anda pelajari;
1.Lokus bagi satu titik yang bergerak dengan jarak yang sama dari dua
titik tetap,iaitu garis lurus yang pembahagi dua sama serenjang
bagi garis lurus yang menyambungkan dua titik itu.
2.Lokus bagi satu titik yang bergerak dengan jarak tegak yang sama
dari suatu garis lurus,iaitu dua garis lurus yang selari dengan
garis lurus tersebut dan jaraknya dari garis lurus tersebut adalah sama.
3.Lokus bagi suatu titik yang bergerak dengan jarak tegak yang sama
daridua garis lurus yang bersilang,iaitu dua garis lurus yang membahagi
dua sama sudut-sudut di antara dua garis lurus tersebut.
4.Lokus bagi suatu titik yang bergerak dengan jarak yang sama dari
satu titik tetap,iaitu satu bulatan yang berpusatkan titik tersebut.
Persilangan dua lokus dalam satu satah merupakan titik atau titik-titik yang memenuhi syarat kedua-dua lokus tersebut.Persilangan dua lokus boleh anda cari dengan membina kedua-dua lokus tersebut pada rajah yang sama.
Pembinaan lokus dapat dilakukan dengan menggunakan pembaris dan jangka lukis.
Soalan:1.Tentukan lokus bagi satu titik Q pada seorang budak yang berjalan mengelilingi sebatang pokok kelapa supaya jaraknya dari pokok kelapa itu sentiasa sama.
2.Diberi satu garis lurus PQyang berukuran 7cm panjang.
a.Bina lokus bagi satu titik yang bergerak supaya
supata jaraknya dari P dan Q adalah sama.
b.Bina lokus bagi satu titik yang bergerak supaya
jaraknya dari Q ialah 5cm.
c.Tandakan titik-titik persilangan bagi kedua-dua
lokus tersebut.
A.Bincangkan secara berkumpulan.
1.Bayangkan ada sebatang longkang kecil yang dibina dengan jarak tegaknya
dari dua pagar adalah sama.Sebiji bola pingpong dihanyutkan di dalam longkang
tersebut.Apakah lokus bagi pergerakan bola pingpong itu?
2.Sebuah kereta mainan kawalan jauh telah dikawal supaya bergerak dengan jarak tegaknya dari satu garisan putih yang lurus adalah sentiasa sama.Apakah lokus bagi pergerakan kereta mainan itu?
3.Anda dan rakan-rakan telah menaiki sebuah kapal terbang yang berlepas
dari Singapura menuju ke Bangkok,Thailand.Kapal terbang itu melalui ruang
udara Semenanjung Malaysia mengikut lintasan yang jaraknya dari Kuala Lumpur
dan Kuantan adalah sama.Apakah lokus bagi pergerakan kapal terbang itu?
http://www.