TARIAN ZAPIN
| ghazal
| tarian zapin | lagu
nostalgia | ghazal
sri mahkota |
Di Johor, Tarian Zapin sudah diterima sebagai seni berunsur Islam berfungsi sebagai hiburan samada pada acara -acara perkahwinan mahupun acara sambutaan hari-hari kebesaran.Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun lahir dari cubaan meniru ke atas Zapin Arab namun tak dapat disangkal tarian Zapin Johor ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya daripada Tarian Zapin Arab.
Satu hal yang menarik mengenai Tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan antara penari dan pemuzik dan sifat saling kerjasama dan saling bergantungan dapat dimunculkan di kalangan mereka sekaligus mematahkan rasa malu penari-penari apabila beraksi di khayalak ramai.
Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu disamping meminggirkan persaingan antara pemain-pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan. Ditinjau dari perspektif inilah, keunikan dan keistimewaan Tarian Zapin Johor terserlah.
Ingin dengar lagu zapin ? Pastikan komputer anda mempunyai perisian Real Player sekurang2nya RealPlayer 5 |
Sila Klik kaitan di bawah : |
dengar zapin1 | dengar zapin2 |