24 Jam Sehari / 7 Hari Seminggu
Kami menggunakan
teknik kerja yang berkesan, berkualiti dan ada jaminan kepuasan.
Kadar harga yang sangat berpatutan dan penjimatan. Anda boleh
membuat perbandingan harga yang tidak dapat dimana-mana perkhidmatan
yang lain.
Tahukah Anda ? |
---|
Rahsia sebenar serangga perosak yang perlu anda tahu!
Anai-Anai mempunyai RATU yang boleh hidup lebih dari 20 tahun. Ia juga boleh melahirkan anak sehingga 250,000 dalam satu masa. |
Promosi Khas 2009
Promosi 15% diskaun rawatan
kerja-kerja mengahapuskan serangga anai. Penjimatan sehingga $$$$.
Tawaran hebat ini akan ditamatkan pada akhir bulan bulan April 2009.
Untuk rawatan kawalan serangga seperti semut lipas, lalat dan tikus
di sediakan dalam 1 pakej khas. Caj perkhidmatan akan dikenakan
sebanyak RM40 dan servis ini mesti dijalankan sebulan sekali bagi
mengawal keadaan pulih seperti sediakala selama 6-12 bulan
berturut-turut .
Kaedah semburan dan sistem pengumpanan dikhaskan dalam satu pekej
istimewa bagi setiap rumah yang mempunyai masalah seranggan
anai-anai juga disediakan dalam satu pakej istimewa, kadar caj
rawatan tersebut akan dikenakan mengikut saiz keluasan treatment ini
dijalankan.
Bagi kerja-kerja pemeriksaan di setiap rumah tidak akan dikenakan
apa-apa bayaran dan perkhidmatan memeriksa dan mengesan serangga
anai adalah PERCUMA (F.O.C)
|
Memberi Perhatian Yang Menyeluruh Bagi
Kerja-Kerja
Mengesan Serangga Perosak
Rawatan bagi kerja-kerja menghapuskan
seranggan serangga anai perlu dilakukan dengan teliti dan menyeluruh.
Pada mulanya kerja-kerja mengesan serangan serangga anai-anai boleh
dikesan pada tempat-tempat tertentu. Kebiasaannya serangan anai-anai
dapat dikesan tanpa mengunakan apa-apa peralatan canggih seperti
alat pengesan. Kebanyakkan serangan yang berlaku adalah
dikawasan yang lembab seperti dikawasan tandas, bawah tangga, dimana
tangga-tangga tersebut mempunyai lantai yang dilapikkan dengan kayu
pakir.
Kerja-kerja ini boleh dilakukan oleh pemilik rumah sendiri. Bagi
mengelakkan seranggan serangga perosak terus berlaku, jangan membuat
semburan dengan menggunakan racun semburan yang digunakan untuk
menyembur nyamuk. Ia akan mengakibatkan pembiakan yang lebih banyak
lagi ditempat-tempat yang lain. Biasanya anai-anai akan berpindah
dari satu tempat ke satu tempat lain sekiranya laluan tersebut
diganggu atau disembur dengan racun yang tidak sesuai dengannya.
Untuk mendapatkan keputusan yang baik dan tepat anda perlulah
bertanya kepada mereka yang arif didalam bidang tersebut bagi
mengelakan masalah serangan serangga perosak ini terus membiak
didalam rumah anda. Atau anda boleh dapatkan khidmat nasihat dari
syarikat Pest Control disekitar tempat anda bagi mengatasi masalah ini. Cara yang paling
baik ialah menghubungi syarikat yang berpengalaman didalam bidang
kawalan serangga.
Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera jika
serangan anai-anai terlalu serius. Ini kerana dapat mengelakkan
kerosakan yang lebih teruk lagi. Rawatan akan dijalan dengan
menggunakan kaedah Correstive Soil Treatment. Rawatan ini perlu
dilakukan di seluruh kawasan dalam dan luar rumah berkenaan. Sejenis
alat akan digunakan untuk disuntik dengan bahan kimia yang sesuai akan
dilakukan diseluruh kawasan rumah. Kerja-kerja ini agak rumit
sedikit tetapi ia lebih baik dan sangat berkesan. Satu sijil JAMINAN
akan diberikan setelah kerja-kerja rawatan ini dijalankan. |