PENGENALAN:

Taman Negara Malaysia adalah hutan tanah pamah yang tidak pernah menerima  kesan dari glasier yang melanda dunia pada berjuta tahun dahulu. Ia bererti bahawa Taman Negara adalah hutan dara yang tidak pernah dimusnahkan oleh aktiviti alam semula jadi mahupun dari aktiviti manusia dan usianya dianggarkan lebih dari 130 juta tahun . Taman Negara terdiri daripada batu batan granit, mendak dan kapur. Dalam kawasannya terletak batu kapur yang tertinggi sekali di Semenanjung Malaysia iaitu Gua Peningat yang berukuran 722 meter. Lebih terkenal lagi Taman Negara ini mengandungi gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan setinggi 2,190m dari paras laut.

Kembali

Teruskan