|
LOKASI TAMAN NEGARA
Taman Negara terletak di bahagian pertengahan Semenanjung Malaysia, meliputi sempadan negeri Pahang, Kelantan dan Trengganu. Ia meliputi kawasan seluas 4343 km persegi dan ketinggian antara 61 m hingga 2187 m dari paras laut. Perjalanan masuk bermula di pengkalan Sungai Jerai dan menyambung ke Sungai Tembeling yang menjadi sempadan Taman Negara di bahagian selatan. Sungai Tembeling juga merupakan sungai yang paling penting bukan sahaja untuk Taman Negara tetapi juga untuk penduduk-penduduk di sekitar kawasan hulu tembeling.
|
|