SEJARAH PENUBUHAN

Taman Negara bermula dari Rezab Gunung Tahan yang telah diwartakan pada tahun 1925 sebelum berkembang menjadi Taman Negara yang luas dikenali dengan nama King George V National Park", mengambil nama sempena Raja Inggeris ketika itu. Dengan lulusnya Enakmen Taman Negara pada tahun 1939, maka tertubuhlah sebuah Taman Negara di Semenanjung Malaysia bagi tujuan rekreasi dan pengekalan alam semulajadi. Taman ini merangkumi tiga buah negeri yang berjiran iaitu Pahang (2,452 km²), Kelantan (1, 048 km²) dan Trengganu (793 km²) dengan keseluruhannya 4,343 km².



UNSUR-UNSUR PENGAMATAN

1. Ciri-ciri Flora.

Terdapat 5 peringkat tumbuhan yang terdapat di Hutan Malar Hijau berdasarkan ketinggian. Peringkat pertama ialah tumbuhan tutup bumi terdiri daripada tumbuhan yang menjalar. Manakala peringkat kedua ialah tumbuhan renek yang terdiri daripada spesis herba dan palma. Peirngkat ketiga ialah Canopy rendah yang ketinggiannya lebih kurang 20 m. Peringkat keempat pula ialah canopy atas yang mempunyai ketinggian renjong (40 m) yang terdiri daripada pokok-pokok seperti mersawa, merbau dan meranti.

Kembali

Teruskan