Pengenalan
Salah satu faktor yang boleh mendorong ke arah kemunculan tradisi masyarakat secara kolektif adalah melalui tulisan atau mata pena. Ini terbukti apabila mata pena telah memainkan peranan yang begitu penting dalam mendorong semangat patriotik masyarakat Melayu Malaya satu masa dahulu sehingga hasilnya kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajah British
Akan tetapi dalam menempuh alaf baru, bidang yang menjadi tumpuan bukan lagi bidang nasionalisme tetapi bidang sains dan teknologi. Malang sekali, kita terlalu kekurangan bahan-bahan bacaan tempatan yang boleh mendorong masyarakat supaya lebih meminati sains.
Pakar-pakar sains kita tidak ramai yang dapat menyampaikan maklumat sains kepada orang awam dalam bahasa yang mudah difahami, dan dengan itu minat ke arah sains begitu berkurangan, terutama untuk golongan masyarakat luar bandar yang tidak mahir berbahasa Inggeris dan disebabkan kekurangan itu tidak mempunyai saluran kepada bahan-bahan bermutu yang kebanyakkannya di dalam bahasa Inggeris. Kita masih lagi tiada Isaac Asimov, Arthur C.Clarke, Carl Sagan tempatan.
Maka karya-karya yang termuat di dalam homepage ini adalah untuk sedikit sebanyak memenuhi kekosongan itu. Semoga tujuan itu terlaksana..
Get your own Free Home Page