Promosi penggunaan Internet di seluruh negara


Malaysia harus melancarkan satu program di seluruh negara untuk mempromosikan penggunaan Internet dan bukannya membantutkan pertumbuhannya

Internet merupakan manifestasi pertama yang penting dalam era baru ini, iaitu Era Digital - satu era di mana teknologi sering menjadi usang sebelum pun orang ramai tahu bagaimana untuk menggunanya dengan baik, dan kuasa teknologi kini adalah bertambah secara exponen dan bukan lagi secara linear seperti dahulu.

Sebagai contoh, dalam masa sepuluh tahun lagi, Internet yang ada pada hari ini tentu akan kelihatan sungguh asas sebagaimana komputer peribadi yang pertama kelihatan pada hari ini.

Memandangkan Internet akan semakin menjadi alat penyebaran program-program radio dan television, adalah Rang Undang-undang Penyiaran ini bermaksud untuk mengawal dan menyekat Internet?

Sekiranya Rang Undang-undang Penyiaran ini tidak berniat untuk mengawal dan memantutkan pertumbuhan Internet di Malaysia, maka Menteri Penerangan seharusnya membuat satu kenyataan dasar yang jelas atas isu ini dan dimasukkan satu provisi jelas ke dalam rang undang-undang ini supaya mengasingkan Internet dari skop Akta Pindaan Penyiaran.

Untuk perkama kalinya, ramai orang kini telah mula mendapat akses ke teknologi yang lebih baik di rumah-rumah mereka sendiri dan bukannya dari tempat kerja ataupun kelas-kelas darjah seperti masa dahulu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ujud juga bahaya yang serius di mana satu pembahagian yang baru mungkin muncul di antara kelas yang kaya maklumat dan miskin maklumat.

Dalam bulan Oktober 1995, Dr. Pekka Tarjanne, setiausaha-agong International Telecommunicatuins Union menyatakan bahawa “Internet advocates boast of having direct connectivity with some 96 economies world wide and indirect connections with a further 77. But this does not make up for the fact that fully 97% of Internet users are based in the high-income countries which account for just 15% of the world’s population.”

Malaysia mesti mengelakkan dari terjatuh ke dalam kesulitan dua kali ganda pembahagian maklumat kaya dan maklumat miskin seperti ini, dengan memastikan bahawa negara kita tidak akan terjatuh di bawah kategori negara maklumat miskin serta juga memastikan bahawa akses ke Teknologi Maklumat untuk semua rakyat Malaysia adalah universal dan mampu ditanggung oleh semua, supaya tidak ujudnya pembahagian kaya maklumat dan miskin maklumat di negara kita sendiri.

Maka adalah penting sekali supaya Kerajaan memperkenalkan langkah-langkah untuk memastikan bahawa komputer di rumah rakyat tidak dianggap sebagai barang-barang mewah tetapi merupakan sabahagian dari peralatan proses pendidikan.

Kerajaan harus melancarkan satu kempen di seluruh negara untuk mempromosikan penggunaan Internet di kalangan rakyat Malaysia dan bukannya membantutkan pertumbuhannya. Di dalam Era Digital ini, rakyat Malaysia mestilah menjadi pelajar sepanjang hayat sekiranya kita tidak mahu menjadi orang yang gagal sepanjang hayat.

Sehubungan dengan itu, Utusan Malaysia harus dipuji kerana telah melancarkan kempen “Sebuah Komputer Setiap Rumah” nya dan usaha ini harus dicontohi oleh lain-lain akhbar tempatan juga.

Mengikut anggaran konservatif, hingga ke akhir abad ini, rangkaian yang disambung ke Internet akan mencapai lebih dari satu juta unit, dan mungkin lebih dari 100 juta orang yang menggunakannya. Trafik di rangkaian ini akan melebihi trafic telepon. Tidak pernah ujud sebarang teknologi atau inovatif di dalam sejarah manusia yang boleh dibanding dengan perkembangan ini samada dari segi tahap kelajuan penerimaan, siknifiken ataupun kesan.

Penyelidikan Nielson menganggarkan bahawa satu dari lima orang di Amerika Syarikat kini mempunyai akses ke Net. Rakya Malaysia harus membentuk satu sasaran untuk mencapai target satu di antara sepuluh orang akan mendapat akses ke Net menjelang tahun 2,000.

Sekiranya Malaysia ingin melangkah besar ke era Teknologi Maklumat, maka rakyat kita mesti juga melangkah besar dalam segi penggunaan Internet.