
Sebuah Nasihat untuk Muslimah seluruhnya............
Mukaddimah
Dengan merujuk kepada fakta-fakta ringkas, disimpulkan bahawa wanita dalam perundangan Islam mendapat hak dalam berbagai-bagai bidang antaranya:
1 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasulullah melaknat perempuan
yang mencukur ( menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening) "
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari
2 . Kaki ( tumit kaki )
" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan
kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
"
An-Nur : 31
a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan
mengikut hentakkan kaki
3 . Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian
kemudian melewati suatu
kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka
wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "
Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban
4 . Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan
kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka" An-Nur : 31
5 . Gigi
" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir
gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya "
Riwayat At-Thabrani
" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik , yang merubah ciptaan Allah "
Riwayat Bukhari dan Muslim
6 . Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu
dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang
dahulu "
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan
ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah
7 . Muka dan Tangan
" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota
badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "
Riwayat Muslim dan Bukhari
8 . Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi
itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal
baginya "
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi
9 . Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah
mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya " An Nur : 31
" Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya . Kamu
hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada
pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan "
Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi
10 . Mulut ( suara )
" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam
hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
Al Ahzab : 32
" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak
yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi "
Riwayat Ibn Majah
11 . Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin
, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka
(jangan berzina ) "
An Nur : 31
" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima
waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan
menta'ati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu
yang ia kehendakinya "
Riwayat Al Bazzar
" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya
bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya
dengan Allah "
Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah
12 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan
, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti "
Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn
Majah
" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan
yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak
akan mencium baunya "
Riwayat Bukhari dan Muslim
a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka
bahagian-bahagian tertentu
" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu
, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai
baju jilbab ( baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah
dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun
lagi maha penyayang "
Al Ahzab : 59
13 . Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan
yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah
mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh
lelaki yang bukan mahramnya "
Riwayat Bukhari dan Muslim
14 . " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya , segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "
Imam Min
"Jagalah dirimu baik-baik, jangan sampai engkau berbohong kepada suamimu,kerana dengan berbohong engkau membuat suamimu meragukan kejujuranmu dan berprasangka buruk terhadap dirimu. Ingatlah, bahawa dua hal itu merupakan racun kehidupan rumahtangga.....''
"Jagalah dirimu baik-baik jangan sampai engkau terlampau mengikut perasaan, kerana hal itu membuat rumahtangga serupa seperti neraka....."
"Jika suamimu seorang yang cemburu hendaklah engkau tidak berlebihan dalam hal berdandan dan menghias diri, kerana berdandan dan menghias diri seperti itu akan membangkitkan kebenciannya dan ia akan menganggap bahawa isterinya berdandan dan berhias untuk dilihat oleh lelaki lain..."
"Hati-hatilah jangan sampai engkau memuji lelaki lain di depan suamimu. Walaupun pujianmu dengan niat yang baik, tetapi seorang suami tidak senang mendengar isterinya memuji lelaki lain....."
"Jagalah dirimu baik-baik jangan makan sampai terlalu kenyang, kerana hal itu dapat merosakkan kecantikan paras dan dapat menyebabkan kegemukan......"
"Anakku, ketahuilah bahawa kegembiraanmu berkaitan rapat dengan kegembiraan suamimu. Engkau yang dapat membuatnya bahagia dan dialah yang dapat membuatmu bahagia. Sebaliknya, engkau dapat membuatnya malang dan dia pun dapat membuatmu malang. Oleh itu berhati-hatilah jangan sampai terjadi kebencian pertama antara dirimu dan suamimu, sebab kemungkinan kebencian yang pertama itu akan disusuli oleh kebencian-kebencian berikutnya yang tiada kesudahan........"
"Taatilah suamimu
sedapat mungkin dan hindarilah percakapan yang bersifat olok-olok dan ejek-ejek
serta pembicaraan lainnya yang tidak berguna. Janganlah sekali-kali engkau
terlalu cemburu kerana kecemburuan adalah kunci perceraian. Janganlah engkau
sering menyalah-nyalahkan suamimu, kerana hal itu dapat menimbulkan kemarahan
dan kebenciannya......."
"Jagalah kesihatan
baik-baik dan jauhilah penggunaan alat-alat kecantikan yang dapat merosak
kesegaran wajahmu dan kemanisan airmukamu......."
"Kerjakanlah dengan tabah dan sabar apa yang telah menjadi kewajipanmu, dan ketahuilah bahawa urusan luar rumahtangga adalah urusan suamimu, sedangkan urusanmu sendiri di dalam rumahtanggamu........."
"Aturlah baik-baik urusan rumahtanggamu dan jagalah jangan sampai ada orang lain yang mengetahui rahsiamu........."
"Jagalah dirimu jangan sampai berbuat sesuatu yang dapat menimbulkan perselisihan faham, jagalah jangan sampai ada orang lain yang mengetahuinya........."
"Ketahuilah bahawa suami yang berperangai lembut, menghargai kecerdikan isterinya, kehalusan perasaanya dan kebijaksanaannya yang sanggup menahan berbagai keluhan di dalam dada, ia tidak resah berulang-ulang kali mendengar pembicaraan mengenai soal-soal kecil urusan-urusan rumahtangga yang tidak melegakan perasaan isterinya."
buat renungan bersama.......
Aku malu......
Apabila mendengar Ah Chong dan Arastu
Mengeluh mengapa ramai gadis Melayu
Yang suatu masa dulu beradap dan tunduk hormat tak ubah
Seperti orang bisu
Kini akhlaknya dan aurahnya seperti insan kurang ilmu?
Aku malu..........
Apabila mataku menatap kenalan lama
Yang ku hormati kerana pandai menjaga budi bicara
Kini tanpa usul periksa ligat pidato mengata-ngata
Aku malu.......
Apabila corak sama
Yang pernah menghiasi tudung kepala
Kini berjasa sebagai peraga tubuh untuk memusing kepala
Aku malu.....
Apabila kawan-kawan kenalan
Yang pernah dahulu kuanggap punya pendirian
Kini peragawati penghias kulit majalah
Aku malu......
Apabila kepintaran dan keprihatinan
Yang dahulu diperkata-kata
Kini malu pada bahasa dan bangsa sendiri
Aku sedih bila ada
Berita ibu tak malu
Melepaskan anak gadis pulang lewat ke rumah
Aku gundah bila ada
Khabar mama tak malu
Melepaskan anak gadis ke disko
Aku malu......
Apabila Datin Sri, Puan Sri, Yang Amat Berhormat
Yang menjadi tokoh wawasan
Rupanya tidak lebih hipokrit di tempat memperaga barangan hiasan
Aku malu......
Apabila anak kecil Pak Ali
Yang satu masa dahulu mengaku ustazah cita-cita di hati
Kini tekad artis sensasi pilihan bila besar nanti
Aku malu..........
Apabila makcik tua
Yang dikenali sebagai pejuang budaya
Kini di majlis tari yang asyik dibiaya
Aku malu......
Apabila ada seorang belia ciptaan istimewa
Yang kurasa tahu apa yang dimahunya
Kini menjadi seorang yang bukan untuk sesiapa
Aku malu......
Apabila peranan dan kewajiban mereka
Yang dikatakan mithali dan penasihat bicara
Sekadar omongan yang kian luput
Ditelan rasa yang ingin bersuka
Dan aku tetap dan lebih malu jika
Suatu masa nanti dilancirkan kata-kata
"Sesungguhnya Allah itu Maha Indah
Dia suka kepada keindahan."
Sebagai cogan kata pegangan
mereka yang tak malu......
