Ar-Rijaal
½ Menu Utama½
½ Wasiat Rasulullah 1 ½ Wasiat Rasulullah 2 ½ Renungan ½
 
RENUNGAN...

     Jalan mendekati Allah:

    a. Takwa kepada Allah zahir dan batin. 

    b. Mengikut sunnah Nabi S.A.W.

    c. Kamu melupakan makhluk ketika menghadap Allah (beribadat). Dan kamu tidak melupakan Allah ketika menghadap makhluk.

    d. Redha dengan pengurniaan Allah sedikit atau banyak.

    e. Kembali pada Allah pada masa suka dan duka.

     

  1. Allah kasih kepada:
  2. a. Orang yang selalu banyak beristighfar.

    b. Orang yang banyak dan selalu berzikir kepada Allah.

     

  3. Siapa yang selamat masuk ke syurga:
  4. a. Orang yang selalu suka menyibarkan salam.

    b. Orang yang selalu suka menjamu makan kepada orang.

    c. Orang yang suka menghubungkan silaturraheem.

    d. Orang yang selalu sembahyang sunat tahajjud di tengah malam sedang manusia dalam nyenyak tidur.

     

  5. Syurga rindu kepada empat orang mukmin:
  6. a. Orang yang berpuasa bulan Ramadhan dengan baik.

    b. Orang yang selalu membaca Al-Quran.

    c. Orang yang selalu memberi makan kepada orang.

    d. Orang yang sentiasa berzikrullah.

     

  7. Sabda Rasulullah S.A.W.
a. Siapa yang memberi makan kepada orang yang lapar, dia akan diberi makan di hari qiamat di padang mahsyar ketika mana tiada ada makanan yang akan dimakan dan terlalu sangat lapar.

b. Siapa memberi pakaian kepada orang yang tidak berpakaian, maka Allah akan beri pakaian kepadanya di padang Mahsyar ketika mana tiada seorang pun yang berpakaian.

c. Siapa memimpin orang buta dengan tangan kirinya, maka dia akan dipimpin oleh orang buta dengan tangan kanannya dihari Qiamat di padang Mahsyar.

Wasiat Rasulullah S.A.W. Kepada Sayidina Ali K.A.W.
  1. Hai Ali! Bahawasanya wali-wali tiada mendapat keluasan rahmat Allah dan keredhaan Allah dengan sebab hanya banyak ibadat mereka, akan tetapi mereka dapatkannya dengan sebab kemurahan hati iaitu bersedekah, serta memandang hina pada dunia.

  2. Hai Ali! Orang yang murah hati hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya, jauh daripada siksaNya. Adapun orang yang kikir, bakhil jauh daripada Allah, jauh daripada rahmatNya, hampir kepada siksaNya.
  3. Hai Ali! Aku lihat tertulis di pintu syurga: Engkau diharamkan terhadap orang yang bakhil, orang yang derhaka pada ibubapanya, dan orang yang mengadu-ngadukan orang.
  4. Hai Ali! Ketika selesai Allah menjadikan syurga, maka Syurga itu lantas berkata: Wahai Tuhan, untuk apakah engkau jadikan aku? Jawab Allah: untuk orang yang murah hati dan bakti, kemudian berkata pula syurga itu: ya aku redha! Dan berkata pula neraka: wahai Tuhan, untuk apakah engkau jadikan aku? Jawab Allah: untuk tiap orang yang bakhil dan sombong. Berkata neraka pula: Ya! Aku redha untuk keduanya itu.
  5. Hai Ali! Takutlah kamu doa orang yang murah hati (pemurah). Bahawa orang yang murah hati itu bilamana terseradung (terlanggar/tersungkur) Allah memegang tangannya.
  6. Hai Ali! Siapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah tuliskan baginya seribu kebajikan dan dihapuskan seribu kejahatan, dan diangkat baginya seribu darjah.
  7. Hai Ali! Kasihanilah kepada saudaramu sepertimana engkau kasih pada dirimu sendiri.
  8. Hai Ali! Carilah kebajikan pada orang yang jernih mukanya, dan muliakanlah tetamu itu apabila datang ia kepada seseorang, nescaya datanglah bersamanya rezekinya (tuan rumah), dan apabila dia pergi, nescaya pergilah bersama-sama dosa ahli rumah itu, lalu dicampakkannya (dosa) ke dalam laut.
  9. Hai Ali! Malaikat tidak akan masuk ke mana-mana rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar
  10. haiwan atau patung-patung atau orang yang derhaka pada ibubapanya, atau rumah yang tiak dimasuki tetamu.
  11. Hai Ali! Buatlah kebaikan (sedekah) walau terhadap orang ang rendah. Berkata Ali: Siapakah orang yang rendah itu ya Rasulullah? Jawab Nabi: iaitu orang yang jika diberi peringatan tidak mahu menerima, jika dilarang tidak mahu tunduk, dan tidak memperdulikan apa yang dia katakan dan apa yang dikatakan orang terhadapnya.
  12. Hai Ali! Sedekah sembunyi itu memadamkan kemurkaan Allah dan menarik keberkatan dan rezeki yang banyak! Dan berpagi-pagilah kamu dengan mengeluarkan sedekah, kerana bala itu datangnya pada sebelum pagi maka sedekah itu akan menolak qadho' di udara.
  13. Hai Ali! Apabila engkau bersedekah maka bersedekahlah dengan sebaik-baik barang yang ada pada engkau. Bahawasanya sedekah satu suap daripada yang halal lebih disukai Allah daripada seratus misqal yang haram. Satu sedekah yang engkau berikannya sebelum engkau mati lebih utama daripada seratus misqal yang disedekahkan oleh keluargamu setelah engkau mati. Firman Allah Taala: Pada hari qiamat manusia akan melihat sendiri segala apa yang diberikan oleh tangannya.
  14. Hai Ali! Bersedekahlah untuk ahlimu yang telah mati, maka sesungguhnya Allah telah mewakilkan beberapa malaikat yang membawa segala sedekah-sedekah yang hidup kepada mereka (yang telah mati). Bergembiralah mereka dengannya (pahala sedekah itu) lebih daripada gembiranya semasa di dunia, sambil berkata: Ya Tuhanku, ampunilah orang-orang yang menerangi kubur kami dan gembilah dengan balasannya syurga sepertimana menggembirakan kami dengan sedekahnya itu.
  15. Hai Ali! Beramallah dengan ikhlas kerana Allah! Kerana sesungguhnya Allah tidak akan menerima melainkan orang yang benar-benar ikhlas keranaNya. Firman Allah Taala: barangsiapa yang mengharap menemui Allah Tuhannya, maka hendaklah beramal dengan baik dan tidak mempersekutukan beribadat kepada Tuhannya dengan sesiapa pun. (beribadat janganlah kerana mencari nama dan pujian dari manusia)
 Wasiat Nabi S.A. W. kepada Sayidina Ali K.A.W.
 
TazkirahBalik ke Menu UtamaAn-Nisa'
  [Muka Sebelum]   [Muka Utama]  [Muka Seterusnya]
 
Semua orang menyukai wanita, tetapi mereka berkata: "mencintai wanita adalah awal sebuah derita. Bukan wanita yang membuat derita, tetapi menyintai wanita yang tidak menyintaimulah yang akan menciptakan derita bagimu"-Imam Syafii-