Tazkirah
˝ Menu Utama˝
˝ Peringatan Imam Ghazali˝ Tatakrama Islam Dalam Pergaulan˝Beberapa Perkara....˝
 
 
Peringatan Imam Al-Ghazali

Ketahuilah bahawasanya tidur itu seumpama mati dan bangkit daripada tidur itu seumpama bangkit dari kubur pada hari kiamat nanti. Siapa tahu barangkali rohmu dicabut oleh Allah Taala ketika engkau tidur pada suatu malam. Oleh kerana itu bersedialah engkau menemui Tuhanmu dengan engkau tidur dalam keadaan suci dan wasiatmu ada tersimpan di bawah bantalmu.

Hendaklah engkau tidur dalam keadaan bertaubat kepada Allah daripada segala dosa dan meminta ampun dari segala kesalahan dan dalam keadaan engkau tidak akan mengulangi lagi sebarang kemaksiatan yang pernah engkau kerjakan dan berazamlah untuk membuat kebaikan kepada seluruh orang Islam jikalau Allah membangkitkan engkau pada keesokan harinya.

Ketahuilah bahawa siang dan malam itu hanya dua puluh empat jam sahaja. Maka janganlah engkau tidur pada waktu siang atau malam lebih daripada lapan jam kerana jikalau engkau berumur enam puluh tahun maka engkau mensia-siakan daripada umurmu itu sebanyak dua puluh tahun iaitu sepertiga daripada umurmu.

Dan berazamlah ketika hendak itu untuk engkau bangkit di tengah malam atau sekurang-kurangnya di akhir malam sebelum waktu Subuh kerana dua rakaat di tengah malam itu merupakan satu perbendaharaan daripada perbendaharaan kebaikan.

Dan janganlah engkau panjangkan angan-anganmu nanti engkau akan merasa malas daripada berbuat ibadat, bahkan hendaklah engkau fikirkan bahawa kematianmu itu sangat dekat sekali kepadamu.

Begitulah hendaknya engkau menasihati dirimu setiap hari kerana engkau tidak mengandaikan mati itu dekat kepadamu bahkan engkau mentakdirkan bahawa engkau mungkin hidup lima puluh tahun lagi. Kemudian engkau mahu menyuruh dirimu berbuat taat, sudah pasti dirimu tidak akan patuh kepadamu dan pasti ia akan menolak dan berasa berat untuk mengerjakan ketaatan.

 Tatakrama Islam dalam Pergaulan 
  1. Anda harus menemui kawan dan lawan dengan senyuman dan tidak boleh merendahkan mereka atau tidak boleh menganggap mudah.
  2. Anda jangan takut kepada mereka.
  3. Anda harus hormat kepada mereka tanpa berlebihan (sewajarnya sahaja)
  4. Anda jangan memandang ke kanan atau kiri dengan angkuh.
  5. Anda harus berlaku sederhana dalam setiap hal.
  6. Anda jangan banyak menoleh.
  7. Anda jangan berdiri di hadapan jamaah jika mereka menghina dan sebaiknya anda segera pergi.

  8. Anda jangan melihat jari jemari tangan.
  9. Anda jangan memainkan cincin yang anda pakai.
  10. Anda jangan membersihkan kotoran gigi di hadapan umum.
  11. Anda jangan memasukkan jari ke dalam lubang hidung di khalayak.
  12. Anda jangan memukul lalat di wajah anda.
  13. Anda jangan sering menguap di hadapan umum.
  14. Bila berbicara, hendaklah teratur dan dan dengan bahasa yang baik.
  15. Dengarkan dengan baik, perkataan lawan bicara anda.
  16. Anda jangan menceritakan kekaguman anda terhadap orang tua dan tetangga.
  17. Anda jangan berbicara sesuka hati.
  18. Sebaiknya anda hindari bersikap berlebihan dalam segala hal.
  19. Anda jangan memberitahu keluarga dan anak anda (apalagi orang lain) tentang apa-apa yang anda miliki ; Jika mereka memandang milik anda sedikit, mereka akan berasa sedih, jika mereka memandang milik anda banyak belum tentu boleh memuaskan mereka.
  20. Jawablah pertanyaan dengan suara yang tidak keras dan jangan melemahkan.

  21. Jika anda bertengkar, janganlah mencaci maki, jangan mengata harga diri lawan anda, jangan banyak menghina, jangan berlaku tidak adil, kemukakan cadangan anda dengan baik, gunakan fikiran sebaik mungkin.
  22. Berhati-hatilah dengan teman anda, sebab suatu saat boleh menjadi musuh.
  23. Anda jangan memuliakan orang-orang yang berharta melebihi harga diri anda.
  24. Anda jangan meludah di hadapan orang ramai.
  25. Anda jangan menyakiti hati/teman orang lain, sebab ia boleh membalas kepada anda.
  26. Anda jangan mempermainkan orang pandai, sebab dia boleh berdendam.
  27. Anda jangan mempermainkan orang bodoh, kerana dia berani/melawan.
  28. Sikap mempermainkan orang, boleh menyebabkan:
  
Beberapa Perkara yang harus diingat...
 Tersebut di dalam hadis lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:

a. Dunia itu racunya dan zuhud itu ubatnya.
b. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
d. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
e. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadhan itu ubatnya.

Sabda Nabi S.A.W.

Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:

a. Kasih mereka pada hidup, lupa mereka pada mati.
b. Kasih mereka pada harta, lupa mereka pada hisab.
c. Kasih mereka pada mahligai, lupa mereka pada kepada kubur.
d. Kasih mereka pada dunia, lupa mereka pada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk, lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagian:

a. Hartanya untuk warisnya.
b. Nyawanya untuk malaikat maut.
c. Dagingnya untuk ulat-ulat.
d. Tulangnya untuk tanah.
e. Amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianiayainya.

Imam Anas bin Malik R.A. berkata bahawa, bumi setiap hari berkata:

a. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atasku, kamu akan kembali ke dalam perutku (kubur).
b. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atasku, dan kamu akan disiksa di dalam perutku.
c. Kamu bergurau di atasku, dan kamu akan menangis di dalam perutku
d. Kamu makan barang yang haram di atasku, dan seluruh binatang azab akan memakan kamu di dalam perutku.
e. Kamu bersuka ria di atasku, dan kamu akan merasa susah sengsara di dalam perutku.
f. Kamu mengumpulkan barang-barang haram di atas ku, tapi kamu akan hancur di dalam perutku.
g. Kamu bersikap sombong di atasku, tapi kamu akan menjadi hina keji di dalam perutku.
h. Kamu berjalan dengan bersuka ria di atasku, tapi kamu akan bersedih dan sengsara di dalam perutku.
i. Kamu berjalan dalam sinar cahaya menerang di atasku, tapi kamu akan bersedih tinggal dalam kegelapan gelap gelita di dalam perutku.
j. Kamu berjalan untuk berhimpun dan berkumpul di atasku, tapi kamu akan tinggal keseorangan di dalam perutku.

Dalam riwayat lain, bahawa kubur setiap hari menyeru manusia lima kali:

a. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
b. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu sembahyang malam (Tahajjud)
c. Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh menjadi hamparan.
d. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan "Bismillaahirrahmaanirraheem" sebagai penawar.
e. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkanlah amalan bacaan "Laailahaillallaah Muhammadurrasuulullaah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Balik ke Menu Utama Ar-Rijal
    [Muka Utama]   [Muka Seterusnya]
 
Semua orang mempunyai cita-cita, namun tidak semuanya Allah kabulkan cita-cita itu.-imam as-syafii-