Sejarah Komputer



1924

*    IBM telah ditubuhkan.



1926

*    Dr. Julius  Edger Lilienfield dari New York cuba mendaftar penemuannya iaitu " Cara
      & Perkakasan Untuk Mengawal Aliran Elektrik". Ia adalah transistor yang menggunakan
      NPN dan digunakan dalam pembesar suara.



1930

*    Dr. Lilienfield telah mendapatkan paten untuk transistor ciptaannya.



1933

*    Dr. Lilienfield menghasilkan transistor yang menggunakan kuprum sulfida dan
      aluminium oksida.



1939

*    William R. Hewlett dan David Packard membentuk Hewlett Packard.



1940

*    John V. Atanasoff & Clifford Berry dari Iowa State College (sekarang Iowa State
      University) telah menghasilkan komputer elektronik pertama dengan menggunakan
      teknologi vakum.



1941

*    IBM memperkenalkan komputer peribadi untuk kegunaan rumah, pejabat dan sekolah.



1946

*    Konrad Zuse, jurutera Jerman merekacipta Plankalkul.



1947

*    Tiga  saintis di Bell Labs iaitu William Shockley, Walter Brattain dan John Bardeen
      telah mencipta transistor pengganda.



1948

*    Ketiga-tiga saintis tersebut mendapat paten bagi ciptaan mereka.



1949

*    Short Code, bahasa komputer pertama yang menggunakan peranti pengkomputeran
      elektronik.

 

1951

*    Coronado Corporation menukar namanya kepada Texas Instruments Inc.

*    Grace Hopper merekabentuk compiler bernama A-O dan dilancarkan oleh Remington
       Rand sebagai MATH-MATIC pada tahun 1957.



1952

*    Compiler AUTOCODE direkabentuk oleh Alick E.Glennie di Universiti Manchester.



1953

*    IBM mengeluarkan Defense Calculator - komputer pertama IBM.



1954

*    Texas mengumumkan penghasilan transistor silikon secara komersial.

*    Jack Tramiel menubuhkan Commodore.



1955

*    William Shockley menubuhkan Shockley Semiconductor di Palo Alto, California.



1956

*    Ketiga-tiga saintis iaitu William Shockley, Walter Brattain dan John Bardeen mendapat
      Anugerah Nobel.



1957

*    Digital Equipment Corporation ditubuhkan.

*    IBM memperkenalkan IBM  608 - komputer komersial bertransistor yang pertama.

*    Para jurutera seramai 8 orang telah meninggalkan Shockley Semiconductor untuk
      membentuk Fairchild Semiconductor.

*    FORTRAN yang digunakan untuk matematik telah direkacipta.  

*    Kumpulan yang diketuai oleh John Baskus telah merekacipta ALGOL dan sistem
      spesifikasi sintaksis iaitu BNF.



1958

*    Texas Instrument mengadakan demonstrasi litar bersepadu.

*    FORTRAN II muncul dam mampu mengendalikan penggabungan dengan bahasa
      perhimpunan (assembly language).

*    John McCarthy pula merekacipta LISP-LISt Processing.



1959

*    Fairchild Semiconductor mendapat paten untuk transistor ciptaan mereka dan 
      menghasilkan litar bersepadu pertama.

*    LISP 1.5 muncul.  COBOL pula telah direkabentuk oleh CODASYL (Conference on
      Data Systems and Language).



1960

*    IBM membina pusat pengeluaran  untuk transistor di New York.

*    Digital memperkenalkan komputer mini PDP-1 dengan harga US$120,000.00.

*    ALGOL 60, bahasa struktur blok pertama yang membawa kepada penghasilan Pascal.

*    Kenneth Iverson merekacipta APL-A Programming Language.



1962

*    Permainan Spacewar! dihasilkan dengan PDP-1dan diperkenalkan kepada umum di
      MIT.

*    Sy. Teletype memasarkan papan kekunci model 33 dan terminal penebuk pita untuk
      input serta output komputer.

*    Ivan Sutherland mencipta sistem grafik dinamakan Sketchpad.

*    Sy. Commodore Bussiness Machine menjual sahamnya kepada umum.

*    APL dibukukan oleh Iverson dengan tajuk A Programming Language.  

*    FORTRAN muncul manakala SNOBOL (StriNg-Oriented symBOlic Language) dalam
      pembinaan.



1963

*    Charles Tandy membeli syarikat Radio Shack Corporation dengan percuma.

*    ALGOL 63 dikemaskini dan PL/1 mula dibentuk.



1964

*    John Kemmeny dan  Thomas Kurtz menghasilkan bahasa pengaturcaraan BASIC
      di Kolej Dartmouth.

*    Texas Instrument menerima paten untuk litar bersepadu.

*    IBM memperkenalkan perkataan 'word processing' buat kali pertama.

*    APL/360 diperkenalkan dan PL/1 dilancarkan.



1965

*    Kemunculan SNOBOL3.



1966

*    Steven Gray membentuk Amateur Computer Society dan menerbitkan akhbar ACS.
      Ia dianggap sebagai tarikh kelahiran pengkomputeran peribadi.

*    FORTRAN 66 dan LISP 2 muncul.

*    LOGO mula direkabentuk di Bolt, Beranek dan Newman.



1967

*    Pameran pertama Consumer Electronics Show diadakan di New York.

*    SNOBOL 4 iaitu yang dikemaskini telah dikeluarkan.



1968

*    Douglas C. Engelbert dari Stanford  Research Institute mempamerkan sistem papan
      kekunci, alas kekunci, tetikus dan tetingkap dan Joint Computer Conference di Civic
      Center, San Francisco. Beliau juga mempamerkan kegunaan pemprosesan perkataan.

*    Hewlatt Packard memperkenalkan alat kira saintifik berprogram.

*    Robert Noyce dan Gordone Moore menubuhkan Intel Corporation.

*    ALGOL 68 muncul.

*    ALTRAN, bahasa yang serupa dengan FORTRAN telah direkacipta.

*    COBOL diiktiraf oleh ANSI.



1969

*    Jurutera daripada Jepun bertemu dengan Intel untuk melihat projek litar bersepadu
      dan menandatangani kontrak pembelian cip.

*    Intel membina cip Intel 4004  yang menerima arahan dan menjalankan fungsi yang
      mudah.

*    Intel mengumumkan cip RAM 1 MB.

*    Kenneth Thompson dan Dennis Ritchie membina sistem pengoperasian UNIX di Bell
      Labs.

*    Syarikat Golden United Life Insurance memulakan pusat pemprosesan komputer
      yang dinamakan Compu-Serv, di mana kemudiannya ia berubah menjadi Compuserv
       Inc.

*    Syarikat Advance Micro Devices ditubuhkan.

*    Bill Gates dan Paul Allen membentuk Lakeside Programming Group dan menandatangani
      perjanjian dengan Computer Center Corporation untuk melaporkan kerosakan dalam
      perisian PDP-10.

*    500 orang menghadiri persidangan APL di Ibupejabat IBM.



1970

*    Gilbert Hyatt mendapatkan paten untuk Single Chip Integrated Circuit Computer
      Architecture.

*    Syarikat Information Sciences menghubungi Bill Gates & Paul Allen menawarkan
      kegunaan komputer PDP-10 dengan pertukaran untuk kemahiran komputer.

*    Intel mencipta cip 1103, cip pertama menggunakan ingatan DRAM.

*    Charles Moore telah menulis tentang bahasa baru iaitu Forth.

*    PROLOG dan Smalltalk mula direkacipta.

*    Pascal mula digunakan pada komputer siri CDC 6000.  

*    Bahasa Icon, kesinambunganSNOBOL 4 dihasilkan.



1971

*    Intel memperkenalkan bas 4-bit dalam cip 4004 108 KHz iaitu mikropemproses
      pertama dengan menggunakan 2,300 transistor dan pengamatan 640 byte.

*    Steve Wozniak & Bill Fernandez membina sebuah komputer dengan lampu dan suis
      daripada bahagian komputer yang dibuang. Komputer itu dinamakan Cream Soda 
      Computer.

*    Kenback Corporation memperkenalkan komputer Kenback-1dengan harga US$750.00.

*    IBM memperkenalkan cakera liut berukuran 5.2 inci.

*    Wang Laboratories memperkenalkan sistem pemprosesan perkataan Wang 1200.



1972

*    Scelbi Computer Consulting Company merekabentuk pemproses Scelbi-8H.

*    Texas Instruments mengeluarkan mesin kira elektronik TI-2500, TI-3000 dan TI-
      3500.

*    Intel mengeluarkan mikropemproses 8-bit cip 8008 yang menggunakan 3,500 
      transistor.

*    Atari ditubuhkan oleh Nolan Bushnell dan menghasilkan permainan video pertama.

*    Bill Gates dan Paul Allen telah menubuhkan Traf-O-Data Company yang menghasilkan
      perkakasan komputer dan perisian untuk merakam aliran trafik.

*    Wang Laboratories mengeluarkan komputer 2200.

*    Hewlett-Packard memperkenalkan HP-35, sebuah mesin kira saintifik.

*    Dennic Ritchie menghasilkan bahasa C tetapi manual rujukan diterbitkan pada tahun
      1974.

*    Prolog pertama kali digunakan oleh Alain Colmeraurer dan Philip Roussel.



1973

*    Komputer Micral (Intel 8008) dari Perancis  diperkenalkan tetapi tidak berjaya.

*    Perkataan komputer mikro mula digunakan.

*    Gary Kildall menghasilkan sistem pengoperasian CP/M.

*    IBM memperkenalkan unit cakera keras IBM 3340 yang dikenali sebagai Winchester.

*    Texas Instrument memperkenalkan mesin kira SR-50 denga harga AS$75.00.

*    Scelbi Computer Consulting Company memperkenalkan komputer Scelbi-8H dengan
      harga AS$565.00. 

*    Bob Metcalfe merekabentuk sistem sambungan Ethernet.

*    Spesifikasi untuk COBOL muncul.



1974

*    Intel melancarkan cip 8080 2MHz dengan mikropemproses 8-bit dan menggunakan
      6,000 transistor.

*    Motorola memperkenalkan cip 6800.

*    Creative Computing menerbitkan majalah komputer untuk pengguna di rumah.

*    Hal Chamberlain menerbitkan majalah Computer Hobbyist.

*    Brain Kernighan & Dennis Ritchie menghasilkan bahasa pengaturcaraan C.



1975

*    Paul Allen telah berjumpa dengan Ed-Roberts dan mendemonstrasikan BASIC untuk
      komputer Altair. Hasilnya BASIC berjalan dengan baik dalam Altair. 

*    Bill Gates & Paul Allen telah melesenkan BASIC kepada MITS dan ini merupakan bahasa
      komputer pertama untuk komputer peribadi.

*    Ed Roberts telah mengambil Paul Allen sebagai pengarah syarikat.

*    Bill Gates & Paul Allen telah menukar nama Traf-O-Data kepada Micro-Soft.

*    MITS telah memasarkan Altair 8800 denga harga AS$375.00.

*    Bill Gates & Paul Allen telah memasarkan BASIC v2.0 untuk 4k dan 8k.



1976

*    David Jackson telah menubuhkan Altos Computer Systems. 

*    Bill Gates menulis rutin perisian BASIC untuk Altair.  Bill telah menulis sebuah surat
      mengemukakan bantahan mengenai cetak rompak perisian.

*    Steve Wozniak dan Steve Jobs telah menyiapkan komputer Apple I.

*    Konvensyen pertama komputer Altair di Albuquerque.

*    Steve Wozniak dan Steve Jobs telah menubuhkan syarikat Apple Inc.

*    CPU tiga cip MCP-1600  telah dikeluarkan oleh Western Digital.

*    TMS 9900 sebuah mikropemproses 16-bit telah dikeluarkan oleh Texas Instruments.

*    Apple I telah dijual dengan harga US$666.66.

*    Computer Shack telah ditubuhkan dan kemudiannya diubah kepada ComputerLand.

*    Nama Microsoft telah didaftarkan.

*    Bill Gates berhenti dari Universiti Harvard.

*    Electric Pencil, perisian pertama pemproses perkataan untuk mikrokomputer telah
      dihasilkan oleh Micheal Shrayer.



1977

*    Para pekerja  Apple telah berpindah ke Cupertino, California.

*    Kedai pertama ComputerLand telah dibuka di Morristown, New Jersey.

*    Commodore Bussiness Machine Inc. telah memasarkan komputer PET.

*    Apple Computer memasarkan komputer Apple II dengan harga US$1,300.00.

*    Camp  Retupmoc adalah kem komputer pertama diadakan di Terre Haute, Indiana.

*    Microsoft telah memasarkan Microsoft Fortran untuk CP/M.

*    Komputer TRS-80 telah dipasarkan oleh Radio Shack dengan harga US$600.00.

*    Apple Computer telah melancarkan Applesoft iaitu versi BASIC untuk Apple.



1978

*    Mikropemproses 8086 dipasarkan dengan harga US$360.

*    8086 tidak digunakan untuk komputer peribadi IBM  pertama kerana kos peranti 16-bit
      adalah mahal.  Model IBM PS/2 seperti Model 25 menggunakan Intel 8086.

*    Sebuah lagi mikropemproses ialah  8-bit bas data luaran dan 16-bit struktur bas 
      data dalaman yang beroperasi pada 4.77 MHz.  Kemudian pemproses yang mampu
      beroperasi pada 10MHz diperkenalkan  dengan nama komputer Turbo XT.

*   Apple II dipaparkan kepada umum buat kali pertama.

*    Sistem papan buletin mikrokomputer pertama dirasmikan.  Ia dihasilkan oleh Ward
      Christensen dan Randy Seuss.

*    Microsoft mula memasarkan COBOL.

*    Epson memasarkan pencetak dot matrix MX-80. Ia telah menetapkan satu piawaian
      baru untuk pencetak berkos rendah.



1979

*    Intel memperkenalkan mikropemproses 8088.  

*    Taito memperkenalkan permainan komputer Space Invader di Jepun.

*    Perisian hamparan helaian VisiCalc diperkenalkan di 4th West Coast Computer Fair.

*    Texas Instrument telah melancarkan komputer peribadi TI-99/4 dengan harga US$1500.

*    Apple memperkenalkan pencetak Apple Silentype dengan harga US$600.

*    MicroPro melancarkan perisian WordStar yang dihasilkan oleh Rob Barnaby.

*    Compuserve mula memperkenalkan perkhidmatan MicroNET yang menyediakan
      perkhidmatan papan buletin, pengkalan data dan permainan.

*    Microsoft telah melancarkan bahasa Assembler untuk mikropemproses 8080/Z80.

*    Wayne Ratlif menghasilkan aturcara pengkalan data Vulcan yang kemudiannya diberi
       nama dBASE II.

*    Atari memasarkan komputer peribadi Atari 400 dan Atari 800 dengan harga US$550
      dan US$1000.

*    Pertunjukan Comdex pertama telah diadakan di Las Vegas.

*    NEC telah melancarkan mikrokomputer PC 8001 di Jepun.

*    Sistem  komputer Alto diperkenalkan oleh Xerox.




      ........... tak letih lagi ke, baca sejarah ni?Gocoh sokmo...!

Sejarah Komputer (sambungan) .... sila klik di sini


Kembali ke Biodata