1980
* WordPerfect telah direkabentuk oleh Strategic Software Corporation (kemudiannya
WordPerfect Corporation) yang berpengkalan di Utah, USA.
1981
* Komputer VIC-20 dengan 5KB RAM hingga 32KB RAM, CPU6502A, paparan teks
23 baris dan paparan warna untuk US$300 dikeluarkan. Ia berjaya dijual sebanyak
9,000 unit sehari.
* Intel memperkenalkan mikropemproses iAPX432 yang mempunyai kelajuan 2 MIPS.
* Syarikat Sinclair memasarkan ZX81 dengan mikropemproses Z80A pada harga US$200.
* Osborne memperkenalkan komputer Osborne 1 yang berharga US$1795. Pakej ini
termasuklah perisian yang bernilai US$1500 seperti Basic, Word Star dan SuperCalc.
* Xerox memasarkan komputer Star 8010 tetapi gagal di pasaran.
* Bill Gates dilantik sebagai Presiden Microsoft Corporation.
* Xerox memperkenalkan pula pakej komputer Xerox 820 dengan harga US$3000.
* Microsoft membeli DOS daripada Seattle Computer Products dan menukarkannnya
kepada MS-DOS.
* IBM 5150 PC diperkenalkan. Spesifikasinya terdiri daripada Intel 8088, 4.77MHz,
64Kb RAM, 40Kb ROM, pemacu 5.25 inci dan MS-DOS. Ia dijual pada harga US$6000.
* Apple Computer memperkenalkan cakera keras pertama yang diberi nama ProFile. Ia
dijual dengan harga US$3500 dengan ruang cakera sebesar 5MB.
* Acorn Computer Limited memperkenalkan sistem mikrokomputer BBC yang menggunakan
CPU 6502A dengan 48KB RAM, 83 unit kekunci dan 16 grafik berwarna.
* Ashton Tate memasarkan dBASE II, sebuah aturcara pengkalan data pertama.
* Silicon Graphics ditubuhkan oleh James Clark.
* Creative Technology ditubuhkan oleh W.H Sim. Hayes Microcomputer Products
memperkenalkan Smartmodem 300 yang menjadi standard kepada industri pada masa
berkenaan.
1984
* Sebuah mikropemproses dengan struktur bas data 16-bit dan mampu mengalamatkan
16MB RAM. Intel 80286 digunakan dalam komputer peribadi IBM AT dan beroperasi
pada 20 MHz. Komputer ini 5 kali ganda lebih pantas daripada 8086.
* Apple Macintosh mula mengeluarkan komputer.
1986
* Intel 80386DX iaitu mikropemproses 32-bit bas data yang mampu mengalamatkan
4 GB RAM telah diperkenalkan. 80386 bukan sahaja mampu mengendalikan 32-bit
struktur bas data malah merevolusikan rekabentuk ingatan. Ia membenarkan sistem
pengoperasian menyediakan 640K ingatan untuk membolahkan lebih daripada satu
perisian digunakan serentak.
* Cip yang lebih kecil juga dicipta iaitu 80386SL dengan litar penyusunan kuasa dan
digunakan pada komputer kecil seperti laptop.
1987
* 11 Ogos - Windows 1.01 mula digunakan oleh komputer PC IBM dan yang serasi
dengannya.
1988
* Sebuah lagi mikropemproses iaitu 80386SL diperkenalkan dengan keupayaan 32-bit
dan menggunakan 16-bit struktur bas data luaran.
1989
* 80486DX diperkenalkan dan ia menggunakan 32-bit struktur bas data serta mampu
mengalamatkan 64GB RAM. Mikropemproses ini juga mempunyai 8K ingatan tersorok
(cache) dalaman di mana ia membantu peranti memasukkan data daripada ingatan.
Mikropemproses ini mempunyai 1 juta transistor di dalam sebuah cip silikon yang kecil.
Ia mempunyai pemproses numerik dalaman yang berasingan dan sebuah pipeline
yang membolehkan pemproses menjalankan perintah dengan lebih cepat.
1990
* Mikropemproses 80486SX dikeluarkan dengan transistor sebanyak 700 ribu dan
tanpa pemproses numerik. Menggunakan struktur bas data 32-bit tetapi
mempunyai kelajuan yang sama dengan 80386SX.
1992
* Intel 80486DX2 diperkenalkan dan ia mempunyai dua jenis penjana kelajuan iaitu
50 MHz dan 66 MHz. Cip ini dimasukkan oleh pengilang secara terus dan ia
mempunyai cip 'overdrive' untuk sistem yang sedia ada.
* Chris Klaus menulis program Pengimbas Keselamatan Internet (Internet Security
Scanner-ISS) dan mengiklankannya secara percuma di internet. Program ini boleh
mengesan bug (kelemahan) di dalam program-program masyhur yang dikeluarkan
oleh syarikat besar dalam dunia IT.
1993
* Satu lagi mikropemproses yang mampu menjana kelajuan75 MHz, 85 MHz dan
100 MHz diperkenalkan iaitu Intel 80486DX4. Pemproses ini menggunakan
teknologi penggandaan masa untuk menambahkan keupayaan memproses kepada
3 kali ganda dan ia mempunyai 16K ingatan tersorok dalaman (internal cache)
untuk membantu kelajuan.
* Intel 80486SL juga dikeluarkan untuk digunakan dalam komputer laptop.
* WordPerfect dibeli oleh Novell.
1994
* Kesinambungan kepada pemproses 80486 diperkenalkan iaitu Intel Pentium. Ia
mempunyai 3 juta transistor dan 2 'pipeline' yang mampu memproses 2 kali ganda
lebih cepat daripada 80486DX2.
* IBM melancarkan OS2/warp.
* Setelah meninggalkan asrama untuk menginap di bilik tidur tambahan neneknya,
Chris Klaus telah merekacipta versi komersial pertama untuk Pengimbas Keselamatan
Internet (ISS). Antara pelanggan terawal termasuklah Novell dan NASA. Tom Noonan
telah meninggalkan Oracle untuk menjadi CEO ISS.
1995
* Intel P6 diperkenalkan dengan mempunyai lebih 6 juta transistor dan mempunyai
keupayaan memproses 250 juta arahan sesaat.
* WordPerfect dijual oleh Novell kepada Corel Corporation.
* ISS berkembang ke Eropah dan melancarkan version 1.0 RealSecure yang dapat
mengesan penceroboh rangkaian.
1998
* Saham ISS diapungkan dan nilai syarikat ini melonjak ke angka US$1 billion.
* Sistem pengoperasian Windows 98dilancarkan oleh Microsoft.
* November - Microsoft Corporation dibicarakan di bawah undang-undang anti-
monopoli Amerika Syarikat.
- Netscape Communication akan dijual kepada American On-Line (AOL)
dengan harga US$4.2 billion. Urusniaga ini dijangka akan diselesaikan
pada bulan April 1999.
* 12 Februari - Mesyuarat kali Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) projek MSC telah
berlangsung di Cyberjaya.
* 24 Februari - Perdana Menteri M'sia telah melancarkan pusat robotik dan MASTER-
center Taman Teknologi Malaysia di Bt. Jalil Kuala Lumpur.
* 04 Mac - KUB Telekomunikasi, anak syarikat KUB Holdings menjalinkan kerjasama
dengan sebuah syarikat telekomunikasi Jerman, Krone AG dan
menubuhkan syarikat usahasama dalam bidang telekomunikasi.
* 23 Mac - Dr. Mahathir merasmikan kompleks pintar IRIS di Taman Teknologi M'sia,
Bt. Jalil. Pada majlis itu, PM turut melancarkan pasport pintar M'sia.
* 14 Mei - MIMOS Berhad memperkenalkan perisian pembelajaran bersepadu
komputer, ComIL dan mengadakan program khas dengan Universiti
Teknologi M'sia (UTM). ComIL merupakan merupakan perisian pertama
keluaran MIMOS Berhad.
* 05 Jun - Lima syarikat telekomunikasi tempatan diberi lesen untuk menjadi pembekal
perkhidmatan internet (ISP). Dengan perlantikan itu, M'sia akan
mempunyai tujuh ISP termasuk JARING dan TMNet.
* 15 Julai - Dato' Leo Moggie mengumumkan perkhidmatan akses samarata di
kalangan operator telekomunikasi. Perkhidmatan yang akan dimulakan
01 Januari 1999 akan memberi peluang kepada pengguna untuk
membuat pilihan perkhidmatan talian tetap.
* 21 Julai - Pembentangan Akta Telekomunikasi & Multimedia pada persidangan khas
Parlimen. Selepas 3 hari bersidang, anggota Parlimen sebulat suara
meluluskan akta tersebut.
* 13 Ogos - Penubuhan syarikat konsortium Digicert Sdn. Bhd. antara Pos Malaysia,
MIMOS dan GITN Sdn. Bhd.. Komsortium itu kemudian dilantik sebagai
pengesah tandatangan digital yang diperlukan bagi memastikan urusan
yang dijalankan melalui internet tidak disalahgunakan.
* 27 Oktober - Pengumuman penubuhan Sun Microsystems Malaysia Sdn. Bhd. oleh
Pengarah Pengarah Urusannnya, Govinathan Pillai. Pengumuman
itu bermakna Sun M'sia berhubung secara terus dengan Ibupejabat
Sun di AS.
* 30 Oktober - Perdana Menteri M'sia mengumumkan penubuhan Kementerian Tenaga,
Komunikasi & Multimedia. Kementerian ini akan menggantikan
Kementerian Tenaga, Telekom & Pos.
* 03 November - Dr. Mahathir merasmikan persidangan dan pameran ASEAN Telecom
98 di Sri Kembangan, Selangor. Persidangan dan pameran ini
adalah yang pertama diadakan di negara ini. Di majlis itu, Dr.
Mahathir turut melancarkan 'Detik Y2K' bagi menyedarkan
masyarakat mengenai masalah ini.
* 13 November - Menteri Pendidikan M'sia melancarkan rangkaian sekolah global di
kementeriannya. Rangkaian ini membolehkan semua sekolah di
seluruh dunia dihubungkan melalui internet.
* 19 November - Persidangan dan pameran Computer Telephony Asia (CTA 98')
diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Inilah julung-julung kalinya
persidangan dan pameran mengenai teknologi itu diadakan di
negara ini.
* 23 November - Sebuah syarikat tempatan berstatus MSC, TechnoChannel
mengumumkan penyenaraian syarikatnya MyWeb Inc. di bursa
saham dan sebutharga AS, Nasdaq. Penyenaraian tersebut
menjadikan MyWeb syarikat MSC tempatan pertama disenaraikan
di bursa itu.
1999
* 13 Januari - Lucent Technologies mengumumkan pengambilalihan Ascend
Communications dengan harga US$20 billion (kira-kira RM76 billion).
* 26 Februari - Intel melancarkan pemproses Pentium III (codename Katmai).
Pelancarannya dibuat serentak di seluruh dunia.
* Mac - Sun Microsystems melantik Bill Joy sebagai Ketua Saintis. Beliau turut membantu
di dalam penubuhan Sun selepas menulis Berkeley Unix, versi Unix dengan
peningkatan fungsi kepada sambungan sistem ramai pengguna (multi user)
ketika berada di Universiti California, Berkeley. Beliau juga merupakan pereka
bersama arkitektur mikroprosesor SPARC Sun yang membentuk asas cip SPARC
yang berfungsi sebagai otak kepada sistem pelayan dan stesen kerja Sun.
* 29 Mac - Microsoft Corporation mengumumkan penstrukturan semula organisasi
dengan pembentukan lima bahagian mengikut keperluan dan kehendak
semasa pelanggan iaitu:-
Bahagian Perniagaan dan Keusahawanan yang akan menumpukan
kepada aktiviti pembangunan perisian bagi memenuhi kehendak
pelanggan teknologi maklumat.
Bahagian Pengguna Windows yang akan menumpukan kepada
pembangunan aplikasi Windows.
Kumpulan Produktiviti Perniagaan yang akan berusaha memenuhi
kehendak pembuat keputusan perniagaan.
Kumpulan Pembangunan yang menumpukan kepada keperluan
pembangun produk dan penulis perisian. Ia akan diketuai oleh
Paul Maritz yang sebelum ini mengetuai hampir semua
pembangunan perisian di Microsoft.
Kumpulan Pengguna & Perdagangan yang membangunkan
pilihan-pilihan untuk perdagangan elektronik. Ia akan diketuai
secara bersama oleh Brad Chase, Pengurus Pemasaran Kanan
yang mengepalai pelancaran Windows 95 serta Internet Explorer
dan Jon DeVaan yang mengawasi pembangunan Microsoft
Office.