Hai, demo ada PC sendiri?. Jenis apa , bila beli dan guna OS apa. Orang sekarang dok gege-gege (bahasa rasmi Negeri Kelantan) mengenai Y2K. Sudahkah anda pastikan komputer anda adalah Y2K compliant?. Kalau dah bagus la. Kalau dak lagi di sini saya perturunkan cara untuk menguji kepatuhan PC anda kepada pepijat alaf (menatang apa ni?) . Kalau anda dah tahu, buat-buat tak tahu dah le...:- Dari Windows Langkah 1 Pergi kepada Control Panel samada dengan mengklik sebanyak dua kali pada ikon My Computer atau tekan kekunci CTRL dan ESC dengan serentak dan langkah ini akan memaparkan kan sebuah menu. Klik pada Setting dan pilihlah Control Panel (harap demo jumpa cari...). Langkah 2 Di dalam menu Control Panel, anda perlu mengklik dua kali pada ikon (bukan ikan..!) Date/Time. Ini akan memberi paparan Date/Time properties. Di bahagian atas paparan terdapat dua tab pilihan dan klik pada tab berlabel Date & Time. Langkah 3 Ubahkan tarikh sistem kepada 31 Disember 1999 dan kemudian ubahkan masa sistem kepada 11:58:00pm (atau 23:58:00 jika anda menggunakan masa 24 jam). Pastikan anda telah ubah masa dan tarikh dengan pergi semula kepada Control Panel/tetingkap Date/Time dan periksa masa serta tarikh tersebut. Langkah 4 Keluar dari Windows. Matikan sistem komputer anda. Ini akan memastikan bahawa tarikh tersebut akan disimpan di dalam CMOS tanpa memberikan sebarang kesan kepada sistem pengoperasian komputer anda. Langkah 5 Tunggu sekurang-kurangnya tiga minit (minum kopi dulu ke....). Hidupkan semula sistem komputer anda. Selepas komputer ada selesai 'booting', periksa tarikh dan masa. Sila lihat Langkah 3. Walaupun komputer anda telah menunjukkan kepatuhan tahun 2000, ini tidak bermakna maklumat tersebut akan disimpan untuk proses 'reboot'. Sila teruskan dengan langkah terakhir di bawah ini. Langkah 6 Ubahkan tarikh sistem kepada 01 Januari 2000. Sekali lagi periksa samada tarikh telah disetkan dengan pergi ke tetingkap Date/Time dalam Control Panel. Bagaimana, tahniah jika sistem komputer anda adalah Y2K compliant. Jika tidak.........! Dari DOS Langkah 1 Pilih MS-DOS Prompt pada menu Start (melalui persekitaran MS-Windows 95/98). Taipkan "time" di prompt dan tekan ENTER. Ubahkan (reset) masa kepada 11:58pm dan tekan butang ENTER. Langkah 2 Taipkan "date" pada prompt seterusnya dan tekan butang ENTER. Ubahkan tarikh kepada 31/12/1999 dan tekan ENTER. Keluar (exit) dari DOS dan tutup (shutdown) komputer anda. Langkah 3 Tunggu beberapa minit (bagi membolehkan masa di dalam komputer tersebut berubah dari 11.58pm kepada 12:01am) dan hidupkan komputer semula. Jika komputer tersebut menunjukkan tarikh 1 Januari 2000 (hari Sabtu) maka komputer anda adalah patuh kepada Y2K. Sebaliknya jika ia menunjukkan tarikh-tarikh lain seperti 1980 dan sebagainya, maka komputer anda mempunyai masalah Y2K dan......saya syorkan anda tohok ke laut saja!!. Kembali ke Sejarah Internet