BAHASA MELAYU PMR
Soalan Set 1
Kertas 2

Untuk mendapat jawapan, klik di sini.

ARAHAN

Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga soalan. Soalan 1 mempunyai lima pilihan manakala Soalan 2 dan Soalan 3 tidak mempunyai pilihan.

Soalan 1

(Masa dicadangkan: 45 minit)

1. Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya kira-kira 180 patah perkataan.

a) Pada cuti persekolahan yang lepas, anda telah membuat kerja sambilan. Ceritakan pengalaman anda itu dan nyatakan juga pengajaran-pengajaran yang anda dapati daripada pengalaman itu.

b) Anda dikehendaki menulis sebuah berita tentang Kejohanan Bola Tarnpar Peringkat Negeri yang diadakan di padang sekolah anda untuk dimuatkan dalam sebuah akhbar tempatan. Berita itu hendaklah mengandungi tarikh, pertandingan, berapa pasukan yang mengambil bahagian, para jemputan dan pasukan yang menjadi juara. Tuliskan berita itu.

c) Budaya lepak di kalangan muda-mudi semakin berleluasa dewasa ini. Nyatakan sebab-sebab berlakunya budaya negatif ini dan cara-cara untuk mengatasinya.

d) Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah Merugikan Pelajar. Apa pendapat anda?

e) Andaikan bahawa anda Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan yang dijalankan oleh persatuan tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Sediakan laporan itu selengkapnya



Soalan 2

(Masa dicadangkan 30 minit)

Perhatikan jadual suhu di bawah dengan teliti. Kemudian, buatlah rumusan tentang perbezaan suhu di antara kedua-dua tempat tersebut. Panjang rumusan anda hendaklah lebih kurang 90 patah perkataan .

Suhu di Genting Highlands dan Tangkak Sepanjang Tahun

Genting Highlands
BULAN Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis
Suhu oC 18 18 19 19 19 19 19 18 18 18 18 18

Tangkak
BULAN Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis
Suhu oC 27 27 28 28 28 28 28 28 27 27 27 26

(20 markah)



Soalan 3

(Masa dicadangkan 15 minit)

Isikan setiap tempat kosong dalam petikan di bawah dengan satu perkataan yang paling sesuai .Anda hanya dikehendaki menuliskan nombor tempat kosong berkenaan berserta dengan jawapan anda. Petikan tidak perlu disalin semula.

Sifat gemar membaca perlu ada pada diri setiap orang ............. (1)........... perlu membaca pada ................ (2)............ masa. Di dalam dunia yang ............ (3).............. mencabar ini demi mewujudkan .............. (4)............... yang sempurna. Ibubapa perlu ............(5)............anak-anak agar membaca .............(6)............. secara sedikit-sedikit. Membaca pada masa ............(7).............. boleh membantu kita menambah pengetahuan. Mencari bahan-bahan yang bermutu bukanlah sesuatu yang .............(8)................ Kerana bahan-bahan tersebut banyak terdapat di pasaran atau di perpustakaan. Tidak ..............(9).............. pentingnya ialah kemampuan membeli bahan-bahan bacaan yang ...............(10)............. dan diminati.

(10 markah)