Untuk mendapat jawapan, klik di sini. |
ARAHAN
Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga soalan. Soalan 1 mempunyai lima pilihan manakala Soalan 2 dan Soalan 3 tidak mempunyai pilihan.
Soalan 1
( Masa dicadangkan : 45 minit)
Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah Panjangnya kira-kira 180 patah perkataan.
a) Pada cuti penggal persekolahan yang lalu, anda dan beberapa orang rakan anda telah bercadang untuk mendaki sebuah bukit. Ceritakan pengalaman yang anda alami ketika mendaki bukit itu dalam hujan yang lebat.
b) Negara anda mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik sebagai tempat-tempat pelancongan. Tulis rencana tentang tempat-tempat menarik tersebut serta langkah-langkah yang digunakan untuk menarik pelancong ke situ.
c) Anda dan rakan-rakan kurang berpuas-hati tentang rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyen akhir-akhir ini. Anda dikehendaki menulis sepucuk surat kepada pihak berkenaan untuk menyatakan pendapat anda dan rakan-rakan di sekolah anda berkaitan perkara tersebut.
d) Anda sebagai Setiausaha Persatuan Pengguna sekolah anda. Sebagai setiausaha, anda diminta memberi ceramah tentang "Faedah menjadi ahli Persatuan Pengguna" kepada pelajar-pelajar baru di sekolah anda. Tuliskan hujah-hujah anda dalam ceramah tersebut.
e) Kampung anda telah ditimpa oleh satu malapetaka alam pada tahun lalu. Ceritakan pengalaman anda dan penduduk setempat pada ketika itu.
(30 markah)
Soalan 2
(Masa dicadangkan 30 minit)
Perhatikan graf garisan di bawah dengan teliti. Kemudian, buatlah rumusan tentang keluaran bijih timah di Malaysia bagi tahun 1975 hingga 1980. Panjang rumusan anda hendaklah lebih kurang 90 patah perkataan.
KELUARAN BIJIH TIMAH DI MALAYSIA BAGI TAHUN 1975 HINGGA 1980
![]()
Soalan 3
(Masa dicadangkan 15 minit)
Isi setiap tempat kosong dalam petikan di bawah dengan satu perkataan yang paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menuliskan nombor tempat kosong berkenaan beserta dengan jawapan anda. Petikan tidak perlu disalin semula.
Mentari 1994 telah mula menghilangkan diri dan mentari 1995 mula menunjukkan dirinya. ...........(1)................ barupun disematkan di dalam hati dan berharap kehidupan masa...............(2)............... bertambah mantap. Pendek kata tahun 1995 menjanjikan kebahagiaan syurga duniawi untuk.................(3)....................muda-mudi. Apakah ini matlamat kita untuk menyambut tahun yang serba...........(4)................. Dalam keriangan menyambut tahun baru ini, kita janganlah lupa tentang bencana penyakit A.I.D.S yang semakin berjangkit. Penyakit ini................(5)................... oleh kuman virus H.I.V. Penyakit ini merbahaya...............(6)............... dijangkiti. Gejala penyakit ini menunjukkan sistem pertahanan .............(7)..............badan terganggu serta dalam keadaan tidak teratur. Penyakit ini amat merbahaya meskipun semasa ..............(8).............mengandung. Jangkitan virus inilah yang .............(9).............. Pelbagai kecacatan seperti buta, pekak, kecacatan otak,jantung berlubang, kecacatan tulang sehingga ke peringkat kematian pada bayi yang............(10).............lahir.
(10 markah)