Untuk mendapat jawapan, klik di sini. |
ARAHAN
Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga soalan. Soalan 1 mempunyai lima pilihan manakala Soalan 2 dan Soalan 3 tidak mempunyai pilihan.
Soalan 1
(Masa dicadangkan: 45 minit)
Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya kira-kira 180 patah perkataan.
a. Anda telah dipilih sebagai pembangkang pertama dalam satu perbahasan di sekolah anda. Tajuk perbahasannya ialah "Ibu bapalah yang berperanan mendidik anak-anak mereka" . Sediakan teks perbahasan anda.
b. Pada cuti semester yang lalu, anda telah berpeluang menziarahi sahabat anda di Pantai Timur. Kebetulan ketika itu musim tengkujuh dan kampung sahabat anda telah dilanda banjir. Gambarkan suasana pada ketika itu ?
c. "Kejayaan seseorang lebih bergantung kepada kerajinannya". Bincangkan kenyataan ini ?
d. Salah satu faktor yang mendorong bekas-bekas penagih dadah untuk menagih semula adalah kerana sikap dingin masyarakat terhadap mereka. Apakah pendapat anda?
e. "Sediakan payung sebelum hujan" merupakan peribadi yang diwarisi oleh orang-orang Melayu. Berikan huraian tentang maksud dan tujuan peribahasa ini?
(30 markah)
Soalan 2
(Masa dicadangkan 30 minit)
Perhatikan jadual pertandingan dibawah dengan teliti. Kemudian buat rumusan tentang Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 1990. Panjang rumusan anda hendaklah lebih kurang 90 patah perkataan.
Soalan 3 (Masa dicadangkan 15 minit),
Isikan setiap tempat kosong dalam petikan di bawah dengan satu perkataan yang paling sesuai. Anda hanya dlkehendaki menuliskan nombor tempat kosong berkenaan berserta dengan jawapan anda. Petikan tidak perlu disalin semula.
Mendapat penghormatan ________(1)________ suatu temasya yang terbesar seperti Sukan Komanwel pada 1998 nanti adalah anugerah _______(2)_______ bagi arena sukan negara ini. Bagaimanapun untuk mencapai kejayaan cemerlang _______(3)_______ dengan usaha yang telah dilaksanakan masih lagi suatu impian.
Sebagai salah satu daripada acara yang akan _______(4)_______ pada temasya itu nanti, sukan olahraga negara sedang meniti arah untuk membina satu angkatan atlit yang bakal diletakkan sebagai ________(5)_______ pada temasya berkenaan.
Kalau diukur daripada pencapaian semasa, ternyata ________(6)_______ untuk memungut pingat, sekurang-kurangnya gangsa masih terlalu jauh daripada ________(7)________ . Namun kita tidak perlu __________(8)_________ semangat dalam menghadapi cabaran yang bakal dihadapi pada 1998 nanti. Anggapan 'impian tidak mungkin menjadi kenyataan' harus _______(9)________ kerana tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku dalam masa enam tahun dari sekarang. Sebenarnya kita sudahpun mempunyai _________(10)_________ atlit-atlit remaja yang berpotensi bagi diasuh untuk menjadi pencabar pada Sukan Komanwel 1998 nanti.
(10 markah)