http://www.oocities.org/tutorpmr
 


  3. Teorem Pithagoras  
  Pada zaman dahulu, orang Mesir telah menyedari keistimewaan segitiga bersudut tegak atau "segitiga ajaib". Mereka menggunakan tali yang terdapat 12 simpulan pada bahagian-bahagian yang sama panjang.Tali itu diregangkan dalam bentuk segitiga dengan sisi-sisinya terdiri daripada 3, 4, dan 5 bahagian. Segitiga yang terbentuk ialah sebuah segitiga bersudut tegak. Orang Mesir telah menggunakan segitiga ajaib ini untuk mengukur semula kawasan di sekitar Sungai Nile yang dibanjiri oleh air sungai setiap tahun.

 
 

Pitagoras, seorang ahli matematik Yunani telah menyedari hubungan antara ketiga-tiga sisi segitiga ajaib ini. Dalam Teorem Pithagoras yang dikemukakannya, beliau menyatakan bahawa dalam sebuah segi tiga bersudut tegak, kuasa dua panjang hipotenus (sisi terpangjang) adalah sama dengan hasil tambah kuasa dua panjang sisi yang dua lagi.

 

 

 
 
© Hakmilik OOI YONG SEANG 2000