Pada
2 000 tahun dahulu, seorang ahli matematik Yunani bernama
Archimedes telah diarah oleh raja untuk memeriksa mahkota
emasnya untuk mengetahui sama ada mahkota itu dibuat oleh
emas yang tulen atau tidak.Raja itu memberi syarat bahawa
mahkota emas itu tidak boleh dirosakkan.
Archimedes
mengetahui bahawa untuk mengesahkan ketulenan emas dalam
mahkota itu, beliau mesti membandingkan berat mahkota itu
dengan berat emas tulen yang sama isipadu. Archimedes pun
berfikir apakah caranya untuk mendapatkan isipadu mahkota
itu tanpa sebarang kerosakan.
|