Cawangan Ayer Keroh
10 Februari 2003
Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan di Bilik Gerakan JKKK Ayer Keroh jam 9:00 malam: 
-  Membincangkan Kedudukan Ahli Cawangan.
-  Membincangkan Mesyuarat Agung Cawangan 2003.


1 Mac 2003
Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke 15 telah dilangsugkan di Dewan Kasturi, Ayer Keroh jam 9:00 malam: 
-  Membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahun 2002 (Kali Ke 14). 
-  Membentangkan Laporan Tahunan Cawangan bagi tahun 2002 
-  Membentangkan Penyata Kewangan Cawangan bagi tahun 2002. 
-  Memilih Wakil Cawangan ke Perwakilan Bahagian. 
-  Mencadangvkan Wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO. 
-  Tidak ada usul yang dibahaskan.


31 Mac 2003
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Cawangan di Bilik Gerakan JKKK Ayer Keroh jam 3:00 ptg: 
-  Membincangkan kerjasama dengan KEMAS Dun Ayer Keroh untuk melaksanakan program "Gerak Mesra Rakyat" yang akan diadakan pada hari Sabtu, 5 April 2003.

-  Membincangkan perancangan awal untuk mengadakan Hari Keluarga Cawangan pada bulan Mei 2003. 
 



5 April 2003
UMNO Cawangan Ayer Keroh telah bekerjasama dengan KEMAS Dun Ayer Keroh telah menjalankan program "Gerak Mesra Rakyat" di Dewan Kasturi, Ayer Keroh.

YB Datuk Seah Kwi Tong, ADUN Ayer Keroh merangkap EXCO Kerajaan Negeri Melaka, telah melakukan perasmian dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang mewarna dan cabutan nombor bertuah.

Tuan Hj Ariffin B. Mohamad (Sidang Kariah Ayer Keroh) telah mewakili Tuan Hj Mohd Jonid B. Mohd Said (Ketua, UMNO Cawangan Ayer Keroh) di majlis ini. 


 
Bahagian Batu Berendam
6 April 2003
Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu Berendam Kali Ke 15 telah selamat dijalankan di Hotel Equatorial, Banda Hilir Melaka mulai jam 2:00 petang.

YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad, Pemangku Perdana Menteri Malaysia merangkap Pemangku President UMNO, telah merasmikan persidangan yang dihadiri oleh lebih daripada 450 orang perwakilan.

Antara usul yang hangat dibahaskan diterima sebulat suara ialah 'mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan Amerika dan sekutu-sekutunya ke atas rakyat dan negara Iraq'.
 


 
 
"Miss dolphin, I know you are stupid, but
believe me,  you are much better than 
Blair and Howard.  I have the weapons
to rule the whole world."
 
"Mr. President, I don't see any 'mines' in this oily desert. 
There are no weapons of mass destruction too.
You ought to be ashamed for forcing me to carry out this 
dirty assignment.  May God punish you."
 



 
Getaran Jiwa