Wahai bangsaku, wahai orang-orang Islam di mana jua, janganlah
kita menjadi seperti orang-orang Arab pada zaman moden ini.
Lihatlah telatah rakyat Iraq yang dengan sekelip mata boleh membenci pemimpin Islam mereka dengan teruknya dan terus memeluk dan mencium orang-orang Kafir yang menceroboh negara mereka. Jijiknya kita melihat orang Islam mencium tangan dan pipi tentera orang kafir. Hinanya kita melihat orang-orang Iraq membantu tentera Amerika memijak bendera negara dan gambar pemimpin mereka sendiri. Ke mana perginya sifat orang Islam yang cintakan Negara, Bangsa dan Agama? Ke mana perginya "Islam itu bersaudara" Baru dengar janji-janji manis Amerika dan Britain, orang-orang Arab sudah lupa diri. Belum lagi Dajal. Sungguh tipis iman orang-orang Arab masakini nampaknya. Mungkin Saddam telah melakukan kesalahan, tetapi takkanlah langsung tidak ada baiknya kepada rakyat Iraq. Nampaknya rakyat Iraq lebih suka diperintah oleh orang Kafir daripada orang Islam, Subhanallah! Mereka tahulah nasib mereka nanti. Mereka terlepas mulut buaya tetapi telah masuk mulut naga. Pemimpin-pemimpin Arab, khasnya di Kuwait dan Qatar, sepatutnya tidak membantu Amerika dan sekutunya menceroboh bumi Iraq walaupun mereka tidak sukakan Saddam. Memang susah kalau dalam jubah labuh mereka Amerika dan Eropah telah duduk berehat. Sekarang musuh orang Islam ialah Kuwait. Mereka yang memberikan
segala kemudahan dan laluan kepada Amerika dan sekutunya untuk menyerang
Iraq. Demi kepentingan sendiri mereka sanggup membantu orang kafir
(Amerika dan sekutunya) menghancurkan saudara sesama Islam.
|
Sebelum ini, Iraq telah dengan secara terbuka memohon maaf kepada
Kuwait, tetapi Kuwait tetap tidak mengindahkannya dan terus berdendam
pula untuk menghancurkan Iraq. Islam apakah yang dianuti oleh Kuwait?
Bukankah bermaaf-maafan itu semestinya menjadi amalan orang Islam.
"Oh I See" (OIC) seharusnya menyingkirkan Kuwait daripada menjadi anggotanya. Kuwait terbukti menjadi duri dalam daging atau musuh dalam selimut Islam. NAM juga sewajarnya menendang keluar Kuwait. Terbukti mereka bukan negara berkecuali. Kepada pemimpin-pemimpin dan orang-orang kaya di bumi Arab, simpanlah lagi wang dan harta anda di Amerika dan Eropah sebanyak-banyaknya. Jangan pedulikan lain-lain negara Islam yang susah. Penuhkanlah bank-bank di Amerika dan Eropah dengan simpanan wang minyak anda supaya mereka satu hari nanti akan gunakannya untuk membunuh anda dan menghancurkan negara anda sendiri dengn mudah. Allah mengurniakan negara-negara Arab dengan senjata 'minyak', tetapi mereka gunakannya untuk memuaskan nafsu dan membuncitkan perut masing-masing sahaja. Mereka berbalah sesama sendiri berkurun-kurun. Mereka melabur dan melancong di negara bukan Islam khasnya Amerika dan Eropah sahaja. Negara Islam jenguk pun tidak mahu. Cuba kita perhatikan betapa banyaknya pelancong Arab di Bangkok (hingga ada yang mati kena bunuh kerana berlagak) dan berapa kerat pula di Kuala Lumpur. Mengapa? Wahai bangsaku, marilah kita jadikan kejatuhan Iraq sebagai satu iktibar. Kita mungkin tidak sehaluan dalam berpolitik, menjadi penyokong parti politik yang berbeza, tetapi kita mesti ingat kita ini orang Islam. Semua orang Islam adalah saudara kita. Setiap kesalahan seharusnya disusuli segera dengan kemaafan, bukannya dendam dan dengki yang berterusan. Ingat, kita bukannya hendak hidup sejahtera di dunia ini sahaja. Sekian untuk renungan bersama, wahai bangsa seagamaku.
|
Jangan tidak pergi ke....
RENUNGAN 2 |
RENUNGAN 3 |
RENUNGAN 4 |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |