***nUkiLaN***
 


.:: MeNu ::.


HoMeHoMe
aBoUt MeAbOuT Me
besprenmY bEsPrEn
koleksiKoLeKsI
    CeRiTaCeRiTa
    NuKiLaNNuKiLaN
    FoToFoTo
GaMeSGaMeS
fRenSTermY FrEnStEr
mYsPaCemY SpAcE
SiGn GesBuKSiGn GeSbUk
ViEw geSbUkViEw GeSbUk


---⊃» SeNaRaI PiLihAn «⊂---

    Andainya Dia Bukan Untukku...
    Hati Dan Perasaan
    Mimpi Palsu
    Sahabat Dan teman
    Kawan Baik

~~Andainya Dia Bukan Untukku~~
(pasrahkanlah dalam doamu...)

Ya Allah..
Seandainya Telah Engkau Catatkan Dia Milikku
Tercipta Buatku..
Satukanlah Hatinya Dengan Hatiku
Titipkanlah Kebahagiaan Antara Kami
Agar Kemesraan Itu Abadi..

Ya Allah YA Tuhanku..Yang Maha Mengasihani
Seiringkanlah Kami Melayari Hidup Ini
Ketepian Yang Sejahtera Dan Abadi..
Maka...Jodohkanlah Kami...

Tetapi Ya Allah..
Seandainya Telah Engkau Takdirkan Dia Bukan Milikku
Bawalah Dia Jauh Dari Pandanganku..
Luputkan Lah Dia Dari Ingatanku
Dan Peliharakanlah Aku Dari Kekecewaan

Ya Allah YA Tuhanku Yang Maha Mengerti...
Berikanlah Aku Kekuatan Menolak Bayangannya
Ke Dada Langit
Hilang Bersama Senja Yang Merah
Agarku Sentiasa Tenang
Walaupun Tanpa Bersamanya...

Ya Allah..
Cukuplah Engkau Sahaja Yang Menjadi
Pemeliharaku Di Dunia Dan Akhirat
Menjuruskan Aku Ke Arah Kemaksiatan Dan Kemungkaran
Maka Kurniakan Ku Pasangan Yang Beriman
Agarku Dan Dia Dapat Bersama-Sama Membina Kesejahteraan Dan Kebahagiaan
Hidup Di Jalan Yang Engkau Redhai
Dan Kurniakanlah Kepadaku Keturunan Yang Soleh Dan Solehah

Ya Allah..
Berikanlah Kami Kebahagiaan Di Dunia Dan Akhirat
Dan Peliharakanlah Kami Dai Azab Api Neraka....
Amin......


[Kembali Ke Atas]

~~HaTi DaN pErAsAaN~~

Mungkin Tuhan Sengaja Mahu Kita Berjumpa Dengan Orang
Yang Salah Sebelum Menemui Insan Yang Betul
Supaya Apabila Kita Akhirnya Menemui Insan Yang Betul,
Kita Akan Tahu Bagaimana Untuk Bersyukur
Dengan Nikmat Pemberian Dan Hikmah
Di Sebalik Pemberian Tersebut.

Apabila Salah Satu Pintu Kebahagiaan Tertutup,
Yang Lain Akan Terbuka
Tapi Lazimnya Kita Akan Memandang Pintu Yang
Telah Tertutup Itu
Terlalu Lama Hinggakan Kita Tidak Nampak Pintu Yang
Telah pun Dibukakan Untuk Kita.

Kawan Yang Paling Baik Ialah
Seseorang Yang Anda Boleh Duduk
Di Dalam Buaian Dan Berbuai Bersama
Tanpa Berkata Apa-Apa Pun
Dan Kemudian Berjalan Pulang
Dengan Perasaan Bahawa Itulah
Perbualan Yang Paling Hebat Yang Pernah Dialami.
Memang Benar Yang Kita Tidak Akan Tahu
Apa Yang Telah Kita Punyai Sehinggalah Kita
Kehilangannya Dan Juga Benar Bahawa Kita
Tidak Tahu Apa Yang Kita Rindukan Sehinggalah
'Ia' Datang.

Memberi Seseorang Seluruh Cinta Anda
Bukanlah Satu Kepastian Yang
Mereka Akan Menyintai Anda Kembali!
Jangan Harapkan Cinta Sebagai Balasan.
Nantikan Sahaja Ia Untuk Mekar Di Dalam Hati Mereka
Tapi Sekiranya Ia Tidak,
Pastikanlah Ia Terus Mekar Di Dalam Hati Anda.

Ia Cuma Mengambil Masa Seminit
Untuk Jatuh Hati Pada Seseorang,
Satu Jam Untuk Menyukai Seseorang,
Satu Hari Untuk Menyintai Seseorang
Tetapi Ia Mengambil Masa Sepanjang Hidup
Untuk Melupakan Seseorang.

Jangan Pandang Kepada Kecantikan
Kerana Boleh Jadi Ianya Palsu.
Jangan Kejar Kemewahan Kerana Ianya Akan Susut.
Carilah Seseorang Yang Membuatkan Anda Tersenyum
Kerana Ia Cuma Memerlukan Sekuntum Senyuman
Untuk Mencerahkan Hari Yang Suram.
Carilah Yang Membuatkan Hati Anda Tersenyum.

Akan Tiba Satu Ketika Di Dalam Kehidupan
Apabila Anda Teramatkan Rindukan Seseorang
Sehingga Anda Ingin Menggapainya Dari Mimpi Anda
Dan Memeluknya Dengan Sebenar.
Mimpilah Apa Yang Ingin Anda Mimpikan,
Pergilah Ke Mana-Mana Yang Ingin Anda Tujui
Dan Jadilah Apa Yang Anda Inginkan
Kerana Anda Hanya Memiliki Satu Kehidupan
Dan Satu Peluang Untuk Melakukan Semua
Perkara Yang Ingin Anda Lakukan.

Semoga Anda Memiliki Kebahagiaan Yang Cukup Untuk
Membuatkan Diri Anda Menarik,
Percubaan Yang Cukup Untuk Membuatkan Anda Kuat,
Kesedihan Yang Cukup Untuk Memastikan Anda Adalah Seorang Insan
Dan Harapan Yang Cukup Untuk Membuatkan Anda Bahagia.
Selalu Bayangkan Diri Anda Di Dalam Kasut Seseorang.
Jika Anda Rasa Ianya Menyakitkan Anda,
Fikirlah Ia Mungkin Menyakitkan Orang Lain Juga.
Kebahagiaan Seseorang Manusia
Tidak Semestinya Dalam Memiliki Segala Yang Terbaik.
Mereka Hanya Membuat Yang Terbaik Dalam
Hampir Apa Saja Yang Datang Di Dalam Perjalanan Hidup Mereka.

Kebahagiaan Terletak Kepada Mereka Yang Menangis,
Mereka Yang Terluka, Mereka Yang Telah Mencari
Dan Mereka Yang Telah Mencuba.
Hanya Mereka Yang Boleh Menghargai
Kepentingan Manusia Yang Telah Menyentuh Hidup Mereka.
Cinta Bermula Dengan Senyuman,
Mekar Dengan Ciuman Dan Berakhir Dengan Tangisan.
Masa Depan Yang Cerah Sentiasa Berteraskan
Kehidupan Yang Lalu Yang Telah Dilupakan.
Anda Tidak Boleh Meneruskan Kehidupan Dengan Sempurna
Sehingga Anda Melupakan Kegagalan Dan Kekecewaan Masa Silam.

Semasa Anda Dilahirkan, Anda Menangis
Dan Orang Di Sekeliling Anda Tersenyum.
Teruskanlah Hidup Anda Supaya Apabila Anda Mati Nanti,
Andalah Yang Akan Tersenyum Dan Orang Sekeliling Anda
Pula Yang Akan Menangis.


[Kembali Ke Atas]

~~MiMpI PaLsU~~

Kadangkala Pernah Terlintas Difikiran
Mengapa Hadirnya Kau Disini Dahulu
Kenapa Lewat Ini Kau Menghilang Jauh
Diri Ini Kau Biarkan Kelam

Umpama Dalam Mimpi Palsu
Kau Berikan Segala Kegembiraan
Aku Tersenyum Gembira Walau
Dalam Seribu Kekeliruan
Aku Bersalah Tika Itu

Mengaburi Mata Fikiran Kau
Aku Bermain Kata Menyilau Makna
Kau Khianati Aku Berdusta
Ini Keputusan Kita Bersama

Sudah Kita Tentukan Sendiri
Apa Akhirnya Cerita Kasih Kita
Aku Kesal Seribu Penyesalan
Kau Gembira Menyambut Kehancuran Hati
Aku Akur Segalanya

Namun Kini Aku Telah Sedar
Lamunan Itu Mengejutkan Aku
Masih Tersimpan Kasih Sebenar
Dari Aku Untuk Kau
Percayalah.....

[Kembali Ke Atas]

~~SaHaBaT dAn TeMaN~~

Sahabat Dan Teman
Walaupun Berbeza Ungkapan
Namun Pengertiannya Adalah Sama Dan Serupa
Kaulah Sahabat Yang Mengindahkan
Dan Menceriakan Lagi Hidupku
Kaulah Teman Yang Tidak Pernah Ada Sedebu Jemu
Membimbing Dan Mendorongku
Kaulah Teman Kaulah Sahabat
Yang Tidak Pernah "Lenyap"
Disaat˛ Aku Memerlukanmu
Terima Kasih...
Dan Terima Kasihku Jua
Diatas Perhatianmu Serta Sikap Keperihatinanmu
Biarpun "Simple" Dan "Sederhana"
Namun Cukup Membahagiakan Dan Sungguh Beerti
Moga Jalinan Persahabatan Ini
Akan Kekal Berpanjangan Kerana...
Kau Pandai Menghargai Dan Menghayati
Sebuah Persahatan Suci...

[Kembali Ke Atas]

~~KaWaN BaIk~~

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
Membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik,
Kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita Bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
Kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik Kita, kerana kawan yang baik akan selalu Menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya. Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik,
Kita mesti lebih dahulu
Menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita

[Kembali Ke Atas]