TUGASAN BERNAS MATEMATIK

KECERUNAN GARIS LURUS (The Slope of a Line)

LEMBARAN KERJA MURID-MURID

Pengenalan

Jika anda seorang pendaki bukit, anda mungkin akan menerangkan tentang kecerunan bukit yang berkait rapat dengan jalannya yang curam ataupun landai. Jika anda seorang tukang kayu, anda akan menerangkan kecerunan bumbung sebuah rumah yang anda bina. Seorang ahli ekonomi mungkin menerangkan perhubungan kecerunan graf dengan aliran arus ekonomi.

Aktiviti 1:  

Langkah 1.             

Dalam “sketch” baru, pilih “Show Grid” daripada menu “Graph”.

Langkah 2.             

Guna menu “Graph” untuk memadamkan “Snap to Grid”.

Langkah 3.             

Lukis sebarang garis lurus.

 Tekankan butang kiri tetikus pada “Segment Tool” untuk mempaparkan “Straight Objects Tool Palette”. Heret ke kanan untuk memilih “Line Tool”.

Langkah 4.             

Ukurkan kecerunannya.

   Klik pada garis lurus yang dibina itu dan dalam  menu “Measure”, pilih “Slope”.  

Langkah 5.             

Heretkan salah satu daripada titik bagi garis lurus itu.

Perhatikan darjah kecondongannya berbanding dengan nilai kecerunan garis lurus itu.

Langkah 6.             

Heretkan garis lurus itu pula.

Perhatikan darjah kecondongannya berbanding dengan nilai kecerunan garis lurus itu.

Siasat

Jawab soalan-soalan yang berikut untuk menyediakan anda bagi permainan kecerunan.

(a)              Garis lurus yang manakah mempunyai kecerunan bertanda positif dan yang mana mempunyai 

              kecerunan bertanda negatif?

            ________________________________________________________________________

(b)             Kecerunan apakah bagi garis mengufuk?

            ________________________________________________________________________

(c)             Bagaimana anda dapat membezakan garis lurus dengan kecerunan yang lebih curam daripada yang landai?

            ________________________________________________________________________

(d)             Apa dia kecerunan bagi garis menegak?

             ________________________________________________________________________

 

[Balik Ke Menu Utama Kecerunan Garis Lurus]