TUGASAN BERNAS MATEMATIK
KECERUNAN GARIS LURUS (The Slope of a Line)
Di
dalam tugasan ini, pada peringkat awal murid-murid akan mengkaji berbagai jenis
kecerunan bagi garis lurus. Kemudiannya, mereka akan bermain satu permainan,
dengan seorang kawan, yang mencabar minda mereka untuk mengecamkan jenis-jenis
kecerunan garis lurus. Akhirnya, mereka akan membina satu konjektur mengenai
cara mengira kecerunan satu garis lurus.
Bidang
Pembelajaran
:
Geometri Koordinat
Aras
Pembelajaran
: Tingkatan 4
Pengetahuan Sedia Ada : (a) Murid biasa dengan sistem koordinat bagi satah Cartesan.
(b)
Murid biasa melukis garis lurus dengan menyambung dua titik.
(c)
Murid mengenal pasti maksud istilah kecerunan.
Aras
Kemahiran Menggunakan GSP : Peringkat
awal
Masa
: 80 minit
Jenis
Tugasan
: Pembinaan Konsep
Pendekatan
Pembelajaran
: Penerokaan &
Penyiasatan Koperatif
Hasil
Pembelajaran
: (a)
Murid-murid dapat menghubungkaitkan kecerunan garis lurus dengan
kecondongannya.
(b)
Murid-murid dapat membezakan antara nilai kecerunan
(i)
besar dan kecil,
(ii)
positif dan negatif.
(c)
Murid-murid dapat menentukan jarak mencancang dan jarak mengufuk di antara dua titik yang
diberi pada suatu garis lurus.
(d)
Murid-murid dapat menentukan
kecerunan suatu garis lurus dengan
mencari beberapa nisbah jarak mencancang kepada jarak mengufuk.
(e)
Murid-murid dapat membina rumus kecerunan garis lurus.
(f)
Murid-murid dapat mengira kecerunan garis lurus yang melalui dua titik.
Bahan
Bantu P & P
: Komputer dengan perisian
GSP.
Struktur
Aktiviti
Aktiviti
1 Penyiasatan jenis-jenis
kecerunan.
Lembaran Kerja Murid
Panduan Guru
Aktiviti
2 Permainan kecerunan.
Lembaran Kerja Murid
Panduan Guru
Aktiviti
3 Mencari hubungan di antara kecerunan satu garis lurus dengan jarak
mencancang serta jarak mengufuknya.
Lembaran Kerja Murid
Panduan Guru
Aktiviti
4 Membina rumus bagi kecerunan suatu garis lurus.
Lembaran Kerja Murid
Panduan Guru