TUGASAN BERNAS MATEMATIK

KECERUNAN GARIS LURUS (The Slope of a Line)

LEMBARAN KERJA MURID-MURID

AKTIVITI 2:

 Permainan Kecerunan

 Mainkan permainan ini dengan seorang teman.

 

Langkah 1.             

Lukis lima garis lurus secara rawak dalam “sketch”.

Pastikan label masing-masing tidak ditunjukkan.

Langkah 2.             

Ukurkan kecerunan bagi semua lima garis lurus itu.

 Klik pada “Line Tool”. Dalam menu “Edit”, pilih “Select All Lines”. Sekarang anda dapat mengukur kecerunan untuk semua kelima-lima garis lurus itu.

Langkah 3.             

Cabarkan kawan anda untuk meneka dan membuat padanan bagi kelima-lima kecerunan dengan garis lurus yang betul.

NOTA : Kawan anda hanya dibenarkan mengheret ukuran itu sahaja kepada garis lurus yang dia ingin padankan. Dia dilarang menyentuh garis lurus dan label titik-titik yang telah disembunyikan sehingga semua ukuran telah dipadankan dengan kelima-lima garis lurus.

Langkah 4.             

Semak skor anda dengan menunjukkan semua label titik.

Jika garis lurus dipadankan dengan kecerunan yang betul, berikan 1 point.

  Klik pada ruangan kosong untuk memastikan tidak ada apa-apa dipilih. Kemudian klik pada “Point Tool”. Dalam menu “Edit”, pilih “Select All Points” dan di dalam menu “Display”, pilih “Show All Labels”.

Langkah 5.             

Rekodkan skor anda.

Langkah 6.             

Tukarkan peranan anda dengan kawan anda.

Langkah 7.             

Ubahkan garis-garis lurus itu dan mainkan permainan itu sekali lagi.

Langkah 8.             

Rekodkan skor selepas satu pusingan.

Langkah 9.             

Sekarang, anda boleh tambahkan beberapa garis lurus lagi untuk membuat permainan ini lebih mencabar lagi.

 

Siasat

Tuliskan konjektur-konjektur anda untuk menerangkan perkaitan di antara garis lurus dengan kecerunannya.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

 

[Balik Ke Menu Utama Kecerunan Garis Lurus]