TUGASAN BERNAS MATEMATIK

KECERUNAN GARIS LURUS (The Slope of a Line)

LEMBARAN KERJA MURID-MURID

AKTIVITI 3:

 

Langkah 1.             

Dalam “sketch” baru, pilih “Show Grid” daripada menu “Graph”.

Langkah 2.                

Guna “Segment Tool” untuk melukis tiga segmen yang membentukkan satu segitiga tegak. 

NOTA: Sebuah segitiga tegak ialah segitiga dengan salah satu sudutnya 90o.

Langkah 3.             

Pastikan satu segmen bagi segitiga itu adalah mencancang dan satu lagi segmen bagi segitiga tersebut itu ialah mengufuk.

Labelkan setiap segmen bagi segitiga tegak anda.

Langkah 4.             

Ukurkan kecerunan bagi hipotenus.

            NOTA: Segmen yang terpanjang bagi sebuah segitiga tegak dinamakan hipotenus.

Langkah 5.             

Ukurkan panjang segmen mencancang dan segmen mengufuknya.

Langkah 6.             

Pilih ketiga-tiga ukuran anda dalam turutan yang berikut iaitu pertama pilih ukuran panjang segmen mencancang, kemudian pilih ukuran panjang segmen mengufuk dan akhirnya pilih ukuran kecerunan hipotenus.

Binakan jadual untuk ketiga-tiga ukuran tersebut.

 Tekankan kekunci “Shift” sambil memilih ketiga-tiga ukuran itu. Daripada menu “Measure”, pilih “Tabulate”. Semua ukuran anda akan dimasukkan ke dalam sebuah jadual.

Langkah 7.             

Ubahkan panjang segmen mencancang bagi segitiga tegak anda. Pastikan segitiga baru anda masih ialah sebuah segitiga tegak dengan satu segmen mencancang dan satu segmen mengufuk.

Perubahan ini akan mengubah kecerunan hipotenus.

Langkah 8.             

Rekodkan nilai-nilai barunya.

 Klik dua kali di jadual anda untuk merekodkan nilai-nilai baru ini.

Langkah 9.             

Ulangkan Langkah 7 dan 8 beberapa kali untuk mendapat beberapa nilai yang berlainan.

Langkah 10.         

Ubahkan panjang segmen mengufuk pula bagi segitiga tegak anda. Pastikan segitiga baru anda masih ialah segitiga tegak dengan satu segmen mencancang dan satu segmen mengufuk.

Perubahan ini akan mengubah kecerunan hipotenus

Langkah 11.         

Rekodkan nilai-nilai barunya.

Langkah 12.         

Ulangkan Langkah 10 dan 11 beberapa kali untuk mendapat nilai-nilai yang berlainan.

Langkah 13.         

Daripada nilai-nilai dalam jadual anda, kajikan polanya.

 

Siasat

Bagaimanakah panjang sisi mencancang serta panjang sisi mengufuk berhubung dengan kecerunan garis lurus?

Tuliskan arahan untuk mencari kecerunan suatu garis lurus.  

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

  

Aktiviti Lanjutan:

Langkah 1.             

Lukis satu garis lurus baru.

Langkah 2.             

Ujikan rumus anda dengan mencari kecerunan bagi garis lurus ini.

Langkah 3.             

Semakkan jawapan anda dengan menggunakan menu “Measure” untuk mencari kecerunan garis lurus ini.

Langkah 4.             

Semak semula rumus anda jika perlu.

 

[Balik Ke Menu Utama Kecerunan Garis Lurus]