TUGASAN BERNAS MATEMATIK

KECERUNAN GARIS LURUS (The Slope of a Line)

LEMBARAN KERJA MURID-MURID

AKTIVITI 4:

 

 

Langkah 1.             

Bukakan “sketch” yang telah disediakan oleh guru anda.

Pastikan anda faham semua ukuran yang tekandung di dalam “sketch” itu.

Langkah 2.             

Kirakan perubahan bagi jarak mencancang (iaitu perubahan nilai koordinat y di antara titik D dengan titik A) dengan menggunakan kalkulator.

   Dalam menu “Measure”, pilih “Calculate”. Klik pada ukuran koordinat y bagi titik D. Kemudiannya, tekan simbol tolak pada kalkulator. Seterusnya, klik pada ukuran koordinat y bagi titik A. Akhirnya, klik “OK”.

Langkah 3.             

Kirakan pula perubahan bagi jarak mengufuk (iaitu perubahan nilai koordinat x di antara titik D dengan titik A) dengan menggunakan kalkulator.

Langkah 4.             

Gunakan kalkulator untuk membahagi nilai bagi perubahan jarak mencancang dengan nilai bagi perubahan jarak mengufuk.

 Dalam menu “Measure”, pilih “Calculate”. Klik ukuran bagi perubahan jarak mencancang. Kemudiannya tekan simbol bahagi pada kalkulator. Seterusnya, klik ukuran bagi perubahan jarak mengufuk. Klik “OK”.

SIASAT

1.       Heretkan titik D di sepanjang garis AD dan perhatikan nisbah bagi perubahan jarak mencancang dengan perubahan jarak mengufuk.

Rekodkan pemerhatian anda.

 ____________________________________________________________________________

2.       Heretkan titik A sehingga garis lurus itu menjadi mengufuk.

Huraikan nisbahnya bagi perubahan jarak mencancang dengan perubahan jarak mengufuk.

 ____________________________________________________________________________

 

3.       Heretkan titik A sehingga garis lurus itu menjadi menegak.

Huraikan nisbahnya bagi perubahan jarak mencancang dengan perubahan jarak mengufuk.

  ____________________________________________________________________________

4.       Huraikan kecondongan garis lurus itu apabila nisbah bagi perubahan jarak mencancang dengan perubahan jarak mengufuk itu ialah negatif.

      ____________________________________________________________________________

5.       Akhirnya, ukurkan kecerunan garis lurus AD dan buat konjektur tentang bagaimana kecerunan garis lurus dapat dikira dengan menggunakan koordinat-koordinat.

     ____________________________________________________________________________

 

6.       Sekarang anda boleh membuat generalisasi bagi konjektur anda dengan menggunakan pembolehubah. Andaikan jika satu titik pada garis lurus itu mempunyai koordinat (x1, y­1) dan satu lagi koordinat (x2, y2). Binakan rumus dengan empat pembolehubah ini bagi mencari kecerunan garis lurus.

     ____________________________________________________________________________   

 

[Balik Ke Menu Utama Kecerunan Garis Lurus]