TUGASAN BERNAS MATEMATIK

KECERUNAN GARIS LURUS (The Slope of a Line)

PANDUAN GURU

 

Aktiviti-aktiviti yang terkandung di dalam tugasan ini melibatkan penyiasatan dan penerokaan terhadap kecerunan garis lurus.

AKTIVITI 1:

Aktiviti 1 ialah satu pengenalan ringkas kepada topik kecerunan yang menggalakkan serta merangsangkan minda murid-murid untuk membina satu perhubungan intuitif di antara kecerunan garis lurus dengan kecondongan garis lurus itu.

Aktiviti ini juga merupakan satu tapak yang menyediakan murid-murid untuk aktiviti-aktivit susulan.

 

Petua Binaan GSP : Aktiviti 1

Ia adalah satu binaan yang mudah.

 

Kaedah

Beri masa untuk murid-murid mengkaji dan menyiasat sifat kecerunan berbanding dengan kecondongan garis lurus.

Lebih banyak peluang diberi kepada murid-murid untuk meneroka, lebih bersedia mereka untuk aktiviti-aktiviti susulan.

Murid-murid digalakkan merekodkan pemerhatian mereka dalam bahagian SIASAT.

 

Siasat (Contoh Jawapan)

1.      Garis lurus yang menaik dari kiri ke kanan mempunyai kecerunan positif .

Manakala garis lurus yang menurun dari kiri ke kanan pula mempunyai kecerunan negatif.

 

2.      Garis lurus yang mengufuk (iaitu selari dengan paksi-x)  mempunyai kecerunan sifar.

 

3.      Jika tanda kecerunan tidak diambilkira, semakin besar magnitud kecerunannya, semakin curam suatu garis lurus.

 

4.      Kecerunan bagi garis lurus yang mencancang (iaitu selari dengan paksi-y) adalah tidak tertakrif.

 

[Balik Ke Menu Utama Kecerunan Garis Lurus]