TUGASAN BERNAS MATEMATIK

KECERUNAN GARIS LURUS (The Slope of a Line)

PANDUAN GURU

AKTIVITI 2:

Aktiviti 2 ialah satu permainan kecerunan bagi garis lurus yang dapat melahirkan satu suasana seronok untuk menguji pengetahuan mereka tentang perhubungan kecerunan garis lurus dengan kecondongan garis lurus itu.

Petua Binaan GSP: Aktiviti 2

Ia adalah satu binaan yang mudah.

Kaedah

Pastikan label-label TIDAK dipamerkan.

Untuk memadamkan paparan label, klik pada objek berlabel dengan “Text Tool”.

Pastikan juga murid-murid TIDAK menipu dengan mengarah “Selection Arrow Tool” pada titik-titik and mengintai jawapan pada “Status Box”.

Permainan ini boleh berlangsung sebanyak dua pusingan sahaja atau lebih banyak pusingan jika murid-murid ingin bermain lagi.

Skor perlu direkodkan dan satu pertandingan boleh diadakan.

Kalau boleh, rekodkan skor murid-murid di papan tulis selepas beberapa pusingan supaya anda boleh mengesan perkembangan mereka.

Skor sempurna yang diperolehi murid-murid akan membina keyakinan diri dalam mereka.

Siasat (Contoh Jawapan)

Konjektur-konjektur yang menerangkan perhubungan di antara garis lurus dengan kecerunannya adalah seperti berikut:

1.      Garis lurus yang menaik dari kiri ke kanan mempunyai kecerunan positif .

Manakala garis lurus yang menurun dari kiri ke kanan pula mempunyai kecerunan negatif.

 

2.      Garis lurus yang mengufuk (iaitu selari dengan paksi-x)  mempunyai kecerunan sifar.

 

3.      Jika tanda kecerunan tidak diambilkira, semakin besar magnitud kecerunannya, semakin curam suatu garis lurus.

 

4.      Kecerunan bagi garis lurus yang mencancang (iaitu selari dengan paksi-y) adalah tidak tertakrif.

 

[Balik Ke Menu Utama Kecerunan Garis Lurus]