TUGASAN BERNAS MATEMATIK
KECERUNAN GARIS LURUS (The Slope of a Line)
PANDUAN GURU
AKTIVITI 3:
Aktiviti 3 menggunakan sebuah setitiga tegak untuk mencari satu hubungan melalui pengiraan kecerunan garis lurus berdasarkan kepada panjang sisi mencancang serta panjang sisi mengufuk.
Ia adalah satu binaan yang mudah.
Pastikan “Snap to Grid” pada menu “Graph” TIDAK dipadamkan.
Pastikan garis lurus yang berkecerunan positif dibinakan iaitu garis lurus yang menaik dari kiri ke kanan.
Berikan masa untuk murid-murid mengkaji dan meneroka hubungan di antara kecerunan garis lurus itu dengan panjang segmen mencancang serta panjang segmen mengufuk.
Pastikan setiap perubahan yang dibuat ke atas panjang segmen mencancang ataupun panjang segmen mengufuk, segitiga itu kekal ialh sebuah segitiga tegak sebelum nilai-nilai baru direkodkan.
Untuk mengira kecerunan suatu garis lurus, pertamanya lukiskan sebuah segitiga tegak di mana hipotenusnya ialah garis lurus itu. Pastikan satu segmen bagi segitiga tegak itu ialah mencancang manakala satu lagi mengufuk. Bahagikan panjang segmen mencancang dengan panjang segmen mengufuk. Hasil bahagi ini akan memberikan nilai kecerunan garis lurus itu.
Murid-murid dapat menyemak arahan mereka yang telah disenaraikan di bahagian SIASAT dengan menggunakan menu “Measure”.