TUGASAN BERNAS MATEMATIK
KECERUNAN GARIS LURUS (The Slope of a Line)
PANDUAN GURU
AKTIVITI 4:
Aktiviti 4 seterusnya membawa kepada pembinaan rumus untuk mengira kecerunan garis lurus dengan menggunakan sepasang titik koordinat yang berada di atas garis lurus itu.
1. Buka “sketch” baru dan pilih “Show Grid” daripada menu “Graph”
2. Gunakan “Segmen Tool” untuk membina satu garis lurus yang menghubungkan titik (-5, 1) dengan titik (2, 4).
3. Labelkan titik (-5, 1) sebagai titik A dan titik (2, 4) sebagai titik D.
4. Ukurkan koordinat bagi titik A dengan menggunakan menu “Measure” dan pilih “Coordinates”.
5. Ukurkan koordinat x bagi titik A dengan menggunakan menu “Measure” dan pilih “Abscissa (x)”.
6. Ukurkan koordinat y bagi titik A dengan menggunakan menu “Measure” dan pilih “Ordinata (y)”.
7. Ulangkan langkah 4, 5 dan 6 bagi mencari koordinat bagi titik D.
Langkah 2 dalam lembaran kerja boleh merumitkan murid-murid. Ingatkan murid-murid bahawa koordinat-x merekodkan kedudukan mencancang sesuatu titik. Adalah penting bahawa mereka tidak mengukur panjang segmen mencancang sebab ukuran ini tidak mewakili perubahan daripada D ke A jika perubahan itu adalah negatif.
Pastikan murid-murid memilih ukuran dengan betul bagi pengiraan dalam kalkulator. Ingatkan mereka JANGAN menaip nilai koordinat yang ada pada skrin.
Murid-murid patut menggunakan butang “Remove” pada kalkulator jika melakukan kesilapan.
1. Nisbah perubahan jarak mencancang kepada perubahan jarak mengufuk adalah kekal sama bagi segitiga-segitiga yang sama ini.
2. Nisbah perubahan jarak mencancang kepada perubahan jarak mengufuk adalah sifar bagi garis lurus yang mengufuk.
3. Nisbah perubahan jarak mencancang kepada perubahan jarak mengufuk adalah tidak tertakrif bagi garis lurus mencancang.
4. Apabila nisbah perubahan jarak mencancang kepada perubahan jarak mengufuk adalah negatif, garis lurus menurun dari kiri ke kanan.
5. Kecerunan satu garis lurus adalah sepadan dengan nisbah perubahan jarak mencancang kepada perubahan jarak mengufuk.Oleh itu, untuk mengira kecerunan garis lurus, cari perubahan jarak mencancang serta perubahan jarak mengufuk bagi dua titik yang berkenaan dan seterusnya, kira nisbah perubahan jarak mencancang itu kepada perubahan jarak mengufuk itu.
6. Kecerunan m bagi garis lurus yang melalui P1 dan P2 dengan koordinat (x1, y1) dan (x2, y2) masing-masing ialah