... dan

         

… dan  ibu  lebih suka sekiranya aku kembali ke rumah;  dan kembali ke pangkuan keluarga. Dan berkahwin semula.

“Engkau tidak boleh terus begini. Kau masih muda. Sepatutnya kau berfikiran terbuka dan berkahwin semula,” katanya.

Bukan aku tidak mahu. Bukan aku tidak mahu menamatkan segera hidup menjanda. Tetapi aku tidak dapat memenuhi permintaan dan desakan ibu.

“Kami semua masih sayangkan kau. Kembalilah,” pujuknya lagi.

Aku tersedu. Dan aku menyesal kerana bertindak terburu-buru dahulu. Tetapi pada waktu itu aku terlalu mengikut perasaan hati. Dan aku termakan pujukan kekasih. Aku tidak menyalahkan perasaan cinta dalam hal  ini. Sama sekali  tidak. Cinta adalah anugerah Illahi. Dan cinta  tidak mengenal batas kaum dan agama. Dan aku nyatakan demikian  hasil daripada pengalamanku sendiri.

       

Teks lengkap boleh dibaca dalam kumpulan cerpen Sasterawan Pulau Cinta (USSB: 2001)