Sasterawan Pulau Cinta

Only limited stock left

Judul Buku: Sasterawan Pulau Cinta

Pengarang: Uthaya Sankar SB

Penerbit: Uthaya Sankar SB

Cetakan Pertama: 2001

ISBN: 983-40562-0-6

Harga Pasaran: RM15.00

Sudah terbit! Kumpulan cerpen Bahasa Malaysia Sasterawan Pulau Cinta yang diterbitkan sendiri oleh Uthaya Sankar SB. Tebalnya 112 halaman; tidak termasuk halaman prakata bertajuk “Genius dan Maru Malarchi” sepanjang 13 halaman.  

Buku ini memuatkan 10 cerpen yang pernah tersiar di pelbagai media cetak. Cerpen-cerpen yang sudah terkandung dalam Orang Dimensi, Siru Kambam dan Surat dari Madras tidak dimasukkan dalam buku terbaru ini.  

Rujuk Senarai Cerpen

Sasterawan Pulau Cinta merupakan buku pertama yang diterbitkan sendiri oleh Uthaya Sankar SB. Segala kos penerbitan ditanggung sendiri.  Maka tiada amalan ‘naskhah percuma’. Harap maaf.

Jumlah cetakan terhad: 500 naskhah sahaja. Harga pasaran: RM15.00 senaskhah. Jika dibeli terus daripada Uthaya Sankar SB, harganya hanya RM10.00 senaskhah.

Tiada majlis pelancaran. Sasterawan Pulau Cinta boleh dibeli terus daripada Uthaya Sankar SB dengan harga istimewa. Sila maklum bahawa Uthaya Sankar SB tidak melantik mana-mana pengedar/individu menjadi jurujual bagi buku ini kecuali Silverfishbooks, Jalan Tilewi Tiga, Bangsar Baru.

Tiada jualan secara kredit/hutang. Bayaran tunai/cek/wang pos atas nama Uthaya Sankar SB sahaja. Gunakan BORANG PESANAN.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Uthaya Sankar SB melalui nombor telefon 013-3913278 atau e-mel uthayasb@tm.net.my tanpa perlu bergantung pada maklumat luar. 

Baca ulasan Amir Muhammad terhadap Sasterawan Pulau Cinta di SINI.

Terbitan Februari 2002: Vanakam -- antologi cerpen penulis kaum India

Terbitan April 2002: Panchayat -- novel terbaru Uthaya Sankar SB