Kavyan

Yayasan Sasterawan Kaum India Malaysia

Malaysian Indian Writers' Association

        

“Sasterawan bererti penulis yang menghasilkan karya dalam Bahasa Malaysia seperti novel, cerpen, drama, puisi dan lain-lain.”

http://dbp.gov.my/dbp98/penulis/asn.htm (Oktober 2002)

         

     

22 Ogos 1999. Suatu tarikh yang penting bagi masyarakat India di Malaysia. Pada hari tersebut sekumpulan kecil penulis kaum India dan peminat sastera Bahasa Malaysia telah mengadakan satu perjumpaan tidak rasmi di ibu negara. Nama sementara yang diberikan bagi kumpulan ini adalah KuSasKI iaitu Kumpulan Sasterawan Kaum India.  

Perjumpaan itu amat bermakna kerana telah menyatukan minda-minda yang inginkan pembaharuan dalam bidang penulisan dan kemajuan masyarakat India di Malaysia. Tidak setakat itu, kumpulan penulis ini juga diharapkan akan menjadi pengantara yang akan menghubungkan idea-idea baru golongan pasca-merdeka, muda dan berilmu. 

Hasil daripada pertemuan itu maka lahirlah Kavyan, semacam kelab/persatuan yang dianggotai khusus oleh masyarakat India di Malaysia. Keahliannya terbuka kepada penulis karya kreatif, penulis karya non-kreatif, peminat karya kreatif Bahasa Malaysia dan juga individu yang terlibat dalam kegiatan seni dan budaya masyarakat India di Malaysia.  

"Kavyan" adalah istilah Sanskrit dan Malayalam yang membawa makna "sasterawan" atau "pengarang karya sastera". Istilah "karyawan" dalam Bahasa Malaysia berasal daripada istilah "Kavyan".

Satu aspek utama yang perlu diberi perhatian adalah bahawa Kavyan tidak bernaung di bawah mana-mana parti politik atau pertubuhan lain. Langkah ini bagi memastikan Kavyan dapat mengekalkan keunggulan dan jatidiri tanpa dipengaruhi sesiapa.

Kavyan juga dengan penuh sedar  memutuskan bahawa sebutan “Sastera Bahasa Malaysia” akan digunakan bagi merujuk kepada karya-karya bahasa kebangsaan yang dihasilkan oleh penulis kaum India di Malaysia. Kavyan sedar bahawa sebutan ini adalah tepat dan betul; tidak perlu digantikan dengan istilah/sebutan/frasa lain.

Salah satu aktiviti sulung Kavyan adalah menerbitkan surat berita Kavya. Istilah "Kavya" diadaptasi menjadi "karya" dalam Bahasa Malaysia.

Surat berita Kavya diterbitkan mulai September 1999 untuk diedarkan secara percuma kepada para ahli. Kavya bertujuan menyebar luaskan maklumat mengenai karyawan/sasterawan/seniman kaum India di Malaysia. Bahan-bahan yang dimuatkan menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil. Segala maklumat mengenai aktiviti Kavyan dilaporkan di dalamnya.

Mulai Julai 2002, surat berita dwibahasa Kavya mula dimuatkan di laman web; agar Kavya dan perjuangan serta aktiviti Kavyan boleh diakses melalui internet dari mana-mana penjuru dunia. Saudara juga dijemput menghubungi uthayasb@tm.net.my supaya maklumat terbaru dapat dikirim terus kepada anda melalui e-mel.

e-group Kavyan yang dikenali sebagai e-kavyan diasaskan pada 10 Oktober 2001. Keahlian terbuka kepada semua tanpa mengira batas etnik, keturunan, kaum, bangsa (warganegara), agama, kepercayaan, ideologi, geografi, sosial, politik, ekonomi atau apa sahaja batas yang boleh saudara fikirkan. Untuk menjadi ahli e-kavyan, saudara hanya perlu mengirim e-mel kosong ke alamat kavyan-subscribe@yahoogroups.com dan tunggu e-mel yang meminta pengesahan untuk menjadi ahli. Balas e-mel berkenaan dan saudara sudah menjadi ahli e-kavyan. Saudara juga boleh mendaftar sebagai ahli di laman web. Gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya.

Ahli Kavyan turut terlibat dalam mengendalikan BENGKEL KARYAWAN MUDA dalam usaha melahirkan sasterawan alaf baru.  Lanjutan daripadanya, beberapa ahli Kavyan berusaha menerbitkan antologi cerpen Bahasa Malaysia karya penulis kaum India Malaysia. 

Hasilnya adalah antologi cerpen Vanakam.  

          

Aktiviti Kavyan

  

22 Ogos 1999 – Pertemuan pertama di Kuala Lumpur

 

September 1999 – Surat berita Kavya mula diterbitkan

 

2 November 1999 – For Your Ears Only! di Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur

 

23 November 1999 – For Your Ears Only! kali kedua di Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur

   

26 Disember 1999 – Bengkel Penulisan Kreatif di Dewan MIC Cawangan Desa Jaya, Kepong

 

31 Disember 1999 – Tahun Baru bersama penghuni Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah, Petaling Jaya  

       

1 April 2000 – Bengkel Penulisan Kreatif di SRJK (T) Batu Arang, Rawang

 

30 Julai 2000 – Seminar PMR & SPM bersama MIC Cawangan Cheras di SMK San Peng, Kuala Lumpur

   

15 April 2001 – Bengkel Karyawan Muda di Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

   

6 Mei 2001 – Bengkel Karyawan Muda 2 di Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

   

17 Jun 2001 – Bengkel Karyawan Muda 3 di SRJK (T) Jalan Fletcher off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

 

29 Julai 2001 – Bengkel Karyawan Muda 4 di SRJK (T) Jalan Fletcher off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

   

19 Januari 2002 – Bengkel Karyawan Muda 5 di Ashwin Trading,  Brickfields, Kuala Lumpur

            

20 Januari 2002 – Bengkel Karyawan Muda 6 di SMK Alam Megah, Shah Alam

       

23 Februari 2002 - Bengkel Karyawan Muda 7 di Dewan Panniru Thirumurai Valarchi Maiyam, Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur

         

9 Mac 2002 – Bengkel Karyawan Muda 8 di Ashwin Trading,  Brickfields, Kuala Lumpur

      

Julai 2002 – Surat berita Kavya mula dimuatkan di laman web

     

Oktober 2002 e-Kavyan dilancarkan

      

21 Disember 2002 - Mesyuarat Penubuhan Kavyan

   

 Aktiviti 2003 - KLIK Di SINI

Aktiviti 2004 - KLIK Di SINI

          

Surat Berita - Kavya - Newsletter

Lebih banyak maklumat penulis kaum India Malaysia!

HOME