:: SATU CERITA  ::

 
     

**************************

 
 

.: menu utama :.

 

 

 
  ---------------  

.: DIRIKU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA TANAH :.

 
  Portfolio      
  Renungan        Diriwayatkan dari Ibnu Hubaiq: Riwayat dari ayahku yang berkata, Yusuf bin Asbath pernah  
  Satu cerita   bertemankan seorang pemuda dari Teluk, yang tidak pernah berbincang-bincang dengannya (Yusuf)  
  Mutiara kata   selama sepuluh tahun. Akan tetapi, Yusuf mengetahui kerisauan dan kecemasan hati pemuda itu dan  
  Galeri Kenangan   juga ketekunannya melakukan ibadat pada siang mahupun malam hari. Kepada pemuda itu Yusuf  
  ----------------   pernah berkata, "Apa sebenarnya pekerjaanmu dahulu, sehingga aku lihat dirimu selalu tertunduk  
      menangis?"  
           "Dahulu aku adalah seorang penggali kubur,"jawabnya. "Apa yang pernah kamu lihat saat berada  
      di liang lahat?"tanya Yusuf meminta penjelasan.  
           "Aku melihat rata-rata muka kereka dipalingkan dari arah kiblat, kecuali beberapa orang sahaja,"  
      kata pemuda itu. "Kecuali beberapa orang sahaja?"tanya Yusuf dengan kehairanan.  
           Setelah berkata demikian, Yusuf pun gelisah dan fikirannya tidak tenteram. Oleh kerana itu dia  
      memerlukan ubat untuk menghilangkan kegelisahannya.  
           Ibnu Hubaiq meneruskan ceritanya,"Ayahku berkata: Kami lalu memanggil Doktor Sulaiman untuk  
      mengubati Yusuf. Setelah mendapatkan perawatan yang teratur, Yusuf pun kembali sihat seperti  
      sediakala dan dia pun berkata,"Kecuali hanya sedikit sahaja!" Yusuf terus menerus mengucapkan  
      demikian dan kerananya dia terus mendapatkan perawatan agar fikirannya kemba;i normal.  
           Ketika Doktor Sulaiman selesai mengubati dan hendak pulang, Yusuf berkata kepada orang-orang  
      yang menungguinya,"Apa yang mesti kalian berikan kepada doktor itu?". "Dia tidak mengharapkan  
      apa-apa darimu,"jawab kami semua.  
           "Subhanallah! Kalian telah berani mendatangkan doktor kerajaan, akan tetapi, aku tidak  
      memberikan sesuatu pun kepadanya," kata Yusuf. "Berikan kepadanya wang beberapa dinar!" kata  
      kami kepada Yusuf.  
           "Ambillah ini dan berikan kepadanya serta tolong beritahukan kepadanya bahawa aku tidak  
      memiliki sesuatu apapun kecuali sekadar ini, agar dia tidak berprasangka bahawa aku ini  
      mempunyai harga diri yang lebih rendah daripada para raja,"kata Yusuf.  
           Tanah yang akan kita masuki.  
           Yusuf kemudian menyerahkan sebuah bekas berisikan wang sebanyak lima belas dinar dan  
      diberikannya kepada ku. Kemudian ku serahkan wang tersebut kepada Doktor Sulaiman atas  
      pertolongannya kepada Yusuf. Sejak peristiwa itu Yusuf akhirnya tekun menganyam tikar dari daun  
      kurma hingga akhir hayatnya.  
           Dan diriwayatkan dari Hubaiq yang mengatakan: Yusuf bin Asbath pernah berkata," Dari ayahku,  
      aku mendapatkan harta waris berupa tanah bernilai lima ratus dinar yang terletak di Kufah. Akan  
      tetapi, pada akhirnya terjadilah perselisihan di antara saudara-saudaraku, oleh itu aku meminta  
      pendapat kepada Hasan bin Shaleh. Hasan bin Shaleh lalu berkata kepadaku,  
      "Aku tidak ingin kamu terlibat pertentangan dengan mereka, hanya disebabkan masalah tanah yang  
      akan kita masuki kelak."  
           Demikianlah, atas saranan Hasan bin Shaleh itu, maka kurelakan tanah itu kepada mereka secara  
      ikhlas kerana Allah s.w.t. semata-mata, sebab aku menyedari bahawa diriku adalah sebahagian daripada  
      tanah.