PENGANGKUTAN LORI KARGO  
 
  • Sebanyak  26  buah  lori  kargo  yang  beroperasi  dimana  kemampuan untuk mengangkut sebanyak 660 m/tan sehari.
  • Pengangkutan  utama  adalah  buah  kelapa sawit dari 9 buah sub centre yang telah ditubuhkan.
  • Selain   daripada    pengangkutan    barang  -  barang   sendiri,   syarikat  juga menjalankan perniagaan dengan agensi kerajaan dan swasta.  Beberapa buah kilang di  Kawasan Perindustrian Pasir Gudang   telah memberi kepercayaan kepada syarikat ini untuk mengendalikan penghantaran kargo-kargo.
  • Penghantaran  baja-baja  bagi  kegunaan  28  buah PPK(Pertubuhan Peladang Kawasan) di seluruh negeri Johor juga dikendalikan oleh syarikat ini.
  • Pengangkutan  anak  ayam  dan  sayur  bagi  projek-projek  usahasama PPNJ telah diuruskan oleh syarikat ini mulai tahun 1995.
               
PENGANGKUTAN  LORI TANGKI 
 
  • Sebanyak  17  buah  lori tangki dengan keupayaan mengangkut minyak sawit sebanyal  300  m/tan  telah  diuruskan  oleh syarikat dengan baik mulai tahun 1988.
  • Selain  dari  Kilang  Sawit  Bukit  Bujang  ( milik PPNJ ),   beberapa syarikat lain juga juga meminta perkhidmatan syarikat.
 
 

FORWARDING  

  • Bagi   mengatasi   masalah   kekurangan   lori   dan   untuk  mengembangkan perniagaan syarikat, sebanyak 10 buah syarikat pengangkutan telah berdaftar dengan kami.
  • Sebanyak  60  buah  lori  dari  syarikat  -  syarikat   tersebut   digunakan  bagi membantu untuk mengendalikan pengangkutan kargo dan minyak sawit.
  • Dengan  sokongan  dari  syarikat - syarikat  pihak  luar Peladang Angkut Sdn Bhd  telah  bersedia menerima  beberapa  tawaran  pengangkutan  dari pihak kilang di Kawasan Johor Bahru.
 
 

PERKHIDMATAN  BENGKEL 
 

  • Bagi  kerja - kerja  pembaikan,  pihak  syarikat  telah  menyediakan  bengkel sendiri dengan tenaga pekerja mahir seramai 10 orang.
  • Selain  dari  lori-lori  syarikat,  lori-lori  dari kuar juga berminat mendapatkan perkhidmatan kami.
  • Sebanyak 70  buah  lori 1 1/2 tan  yang  ditempatkan  di 28 PPK juga dibawah pengawasan Peladang Angkut Sdn Bhd.
  • Urusan   pemeriksaan    di   Jabatan   Pengangkutan   Jalan   ( PUSPAKOM ) diuruskan sendiri tanpa melalui orang tengah.
JUALAN DIESEL 
 
  • Perniagaan  ini  mempunyai potensi yang baik.  Pada tahun 1995 jualan diesel dibuat sebanyak 1,210,500 liter.
  • Pada  tahun  1996  jualan diesel meningkat sehingga  1,561,110 liter  bernilai lebih kurang RM 872,304.00.
  • Pembekal  utama  diesel  adalah  dari  Syarikat BP(M) Sdn Bhd dan Petronas Dagang Sdn Bhd  adalah pembekal kedua.
  • Dalam urusan penghantaran dibuat oleh pembekal sendiri.
  • Sebanyak  18  lokasi  telah  ditempatkan  'Skid  tank'  bagi kegunaan lori-lori PPK dan ahli-ahli Peladang.
  • Buat masa ini 14 'skid tank' adalah kepunyaan Peladang Angkut Sdn Bhd.
  • Selain  dari  diesel,  minyak-minyak  pelincir  jenis  'Castrol'  juga digunakan. Penggunaan minyak pelincir sepanjang tahun 1996 sebanyak 150 'drum' (209 liter/drum)  digunakan  sepanjang  tahun  tidak  termasuk  yang   telah  dijual kepada PPK. Hitung panjang sebanyak 350 drum digunakan sepanjang tahun 1996.
  • Bagi  minyak  pelincir  kereta  jenis  'Castrol'  (4 liter) telah dijual di 28 buah PPK.  Jualan  minyak  ini  juga  meningkat dengan adanya sokongan daripada ahli-ahli peladang disemua PPK seluruh Negeri Johor.
  • Penggunaan minyak 'grease',  minyak brek dan lain-lain yang ada hubungkait dengan kenderaan digunakan dari jenama 'Castrol'.
         
 
                      
| Latarbelakang | Operasi | Perancangan | Laman Depan |