Fatwa Songsang
| |
Koleksi Foto
| |

Siri Talkin KeADILan
| |
|
|
 |
Fatwa SongSang Tok Guru PAS
| |
Ucapan Nik Aziz
Siapa yang nak tolong kerajaan Islam,
kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan
MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak
tolong Pas, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya
terima (24 Januari 1999) |
Menentang Pas adalah haram mengikut al-Quran. (Berita Minggu,
24 April 1994) |
Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira
mati syahid (Masjid Kg. Pulau melaka) |
Pas sedia gugur slogan negara Islam. Jadi untuk mencari
perdamaian itu,setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam,
tapi kalau nampak menyusahkan tak apa...(Berita Harian,
25 Jun 1999) |
Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan Pas sendiri
memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan
sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca
perlembagaan itu. (Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001) |
Negara kita Malaysia belum merdeka lagi; kerana perlembagaannya
masih perlembagaan kafir. (Masjid Pengadang Baru, Marang,
Oktober 2001) |
Biar orang Cina memimpin Islam di Malaysia ini, biar orang
Melayu turut. Bagi saya tak apa. Orang Cina, saya selalu sebut,
lebih cerdik daripada orang Melayu. Masyarakat Cina yang
mempunyai pengalaman lebih banyak daripada orang Melayu,
kesihatan yang lebih baik, kekayaan dia lebih tinggi, pengalaman
dia lebih luas, orang macam inilah memimpin Islam. Melayu
bagaimana miskin pun Melayu, bagaimana kurus pun Melayu, Cina
juga, kurus pun Cina, gemuk pun Cina, tua pun Cina, tak perlu
dijaga. Bangsa tak perlu dijaga. (harakahdaily.com, 30
April 2000) |
Kalau caci ulama memang tak boleh, caci siapa pun tak boleh
tambah lagi ulama. Kalau nak tegur itu tak apa. tegur saya, saya
(ucapkan) terima kasih kerana apa, boleh jadi tuan-tuan tegur
saya boleh jadi ada benda sungguh saya buat jahat, saya boleh
betulkan. Caci memang tak boleh, itu perbuatan tak betul.
usahkan caci ulama, caci orang sembah berhala, kita maki berhala
itu pun tak boleh juga dalam islam. (Utusan Malaysia, 24
Februari 2002) |
Setiap orang yang mengikut kehendak Tuhan akan diberi pahala.
Jadi mana-mana orang mengundi kami di Kelantan pada pilihan raya
1990 dulu hingga kami boleh bentuk kerajaan, sudah tentu ada
balasannya dan balasannya di akhirat kelak namanya pahala, (Utusan
Malaysia, 24 Januari 2002) |
Pas sokong jihad yang dianjurkan Taliban. (Sin Chew Jit Poh,
30 Oktober 2001) |
Orang bukan Islam juga layak pada asanya untuk memegang jawatan
penting dalam kerajaan termasuk menteri jika Pas diberi peluang
memerintah negara ini. (Harakah, 14 Disember 1998) |
Kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha
memenangi pilihan raya umum akan datang. (Muktamar Dewan
Pemuda Pas ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 1990) |
Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan
keahlian Pas ni kepada orang bukan Islam. (Kota Bharu,
1999) |
Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan
sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek
pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam,
jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan
kerajaan mengambil duit dari mana (Utusan Malaysia, 26
November 1994) |
Bagi
penjualan arak, ia hanya dibenar kepada golongan itu sahaja,
kerana jika diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam
menikmatinya. (Utusan Malaysia, 19 November 1992) |
Ucapan Hj Hadi
Pembentukan negara Islam memerlukan masa lama. (Berita Harian,
28 Jun 2001) |
Hukum Hudud adalah satu aspek daripada 1.0001 daripada hukum
Islam (Utusan Malaysia, 7 Mac 2000) |
Bagi rakyat yang miskin dan tiada harta benda, mereka boleh
menerima wang ihsan dan ia halal bagi mereka. tetapi wang ihsan
haram oleh mereka yang ada harta dan berkemampuan (Utusan
Malaysia, 5 februari,2002) |
Kita harap rakyat faham dengan kesibukan pimpinan kerajaan hari
ini tidak seperti sewaktu kita menjadi pembangkang dahulu. (Majlis
Dialog Perdana di Padang Astaka Jertih, Terengganu, 27
Februari 2002) |
Tiada apa yang perlu dibimbangi DAP sekiranya Pas mahu
mengekalkan dasar penubuhan negara Islam kerana perlembagaan
asal akan dikekalkan( Berita Harian, 2 Ogos 2001) |
Orang UMNO dianggap kafir berpandukan tiga faktor:
ahli-ahli UMNO telah menyokong perlembagaan negara yang bukan
merupakan perlembagaan Islam.
Pemerintah yang terdiri dari orang-orang UMNO telah meletakkan
perlembagaan negara lebih tinggi dari al-Quran
Kezaliman yang telah ditunjukkan oleh pemerintah terhadap
orang-orang Islam, khususnya Pas, jelas menunjukkan mereka tidak
Islam.
(Utusan
Malaysia, 17 Jun 1986)
|
Anjing pun pandai bersatu. Anjing, bila musuh masuk dalam
kampung, walaupun tengah berkelahi sesama dia, dia bersatu,
kejar sesiapa yang masuk. Bila dah dapat tangkap musuh ini,masa
tulah dia kelahi balik. Anjing pun pandai, kami lebih pandai
daripada anjing lagi. (Utusan Malaysia, 6 Julai 2001) |
Bagi menentukan Malaysia sebuah negara Islam termasuk menetapkan
bahawa ketua kerajaan mestilah daripada kalangan orang Islam. (Utusan
Melayu, 4 Oktober 2001) |
Usaha mengumpulkan ulamak muktabar dunia ke negara ini untuk
mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam tidak bermakna
sekiranya pelaksanaan hukum Islam sebagaimana yang dianjurkan
dalam al-Quran dan hadis diketepikan. (Berita Minggu, 12
Ogos 2001) |
Lapan (premis jual arak) itu untuk orang bukan Islam. kalau
untuk orang bukan Islam, mengapa UMNO susah!. Saya ingat dia
mahu satu. (Harakah, 16 April 2000) |
|
|
 |
Video Klip
| |
|