Kamaruddin Mohd Isa.
Pagi ini apabila
penulis tiba di pejabat, penulis perasan ada satu keping sampul
surat yang bertulis. "Perhatian Kamaruddin , ini gambar Ivy" lalu
penulis mengambil sampul surat itu dan penulis mengeluarkan sekeping
gambar, jelas gambar ini seperti pernah yang pernah diceritakan oleh
Pak Halim kepada saya. Tentu ini Ivy yang menjadi perempuan simpanan
RM Hassan Ali ketika di Medan.
Apa jua , Pak Halim
telah menunaikan janji beliau . Penulis cuba menghubungi Pak Halim
untuk mendapatkan alamat Ivy dan mendapatkan cerita yang lebih
lanjut lagi mengenai hubungan ini.
RM Hassan Ali
berang kerana Pak Halim menceritakan kesah silamnya
Kamaruddin Mohd Isa.
Awal pagi lagi
apabila sebelum sampat menghispa rokok sebantang, saya telah di
hubungi oleh Pak Halim. Suaranya agak muram dan terus bertanya
kepada saya selepas memberikan salam. "din awak benar-benar hantar
berita yang saya ceritakan kepada awak itu ke?
"Kan saya dah bagi
tahu Pak Halim saya akan menghantar ke sebuah laman web."balas saya
tenang, kerana saya sememangnya meminta izin dari Pak Halim.
"Bukan apa ,
sahabat saya tuh ,RM Hassan Ali ada menghubungi saya dan marah-marah
kerana saya menceritakan kesah silam beliau." keluh Pak Halim.
"habis tu , Pak
Halim mahu saya lakukan apa?"tanya saya ikhlas.
"Siarkan lagi "
katanya sambil kami tertawa bersama.
Pada mulanya saya agak risau juga kerana suara Pak Halim agak murung
apabila mengubungi saya, tetapi dalam pertengahan perbualan beliau
mahukan saya dedahkan lagi akan hubungan Hassan Ali dengan gadis
yang bernama Ivy seorang gadis Batak dari Brastagi Medan ini.
Saya bertanya
kepada Pak Halim kenapa beliau mahu saya menyiarkan cerita RM Hasan
Ali ini, beliau berkata kerana beliau mahu RM Hassan Ali berhenti
bercakap besar dan insaf keatas segala dosa yang telah beliau
lakukan kepada bangsa dan agama. RM Hassan Ali pembelot, katanya.
Pak Halim berjanji
untuk memberikan gambar dan juga alamat gadis ini sekira ada yang
tidak percaya akan kewujudan gadis ini dan sekiranya mereka
berkesempatan dan kebetulan berada di Medan untuk bertemu dengan
gadis ini dan betanyakan kepada gadis ini.
Saya juga telah
berjanji akan bertemu dengan Pak Halim pada minggu hadapan.
Insyaalah kita akan dapat melihat gambar gadis ini bersama alamatnya
sekali.
Artikel
kiriman Kamaruddin sebelum ini.
Tentu RM Hassan
Ali kenal gadis bernama Ivy dari Brastagi - Medan
Kamaruddin Mohd Isa
Baru-baru ini disatu
majlis rumah terbuka hari raya penulis kebetulan duduk semeja dengan
seorang Pengarah dari sebuah syarikat swasta di ibu kota. Pengarah
ini yang mahu di kenali dengan panggilan Pak Halim adalah seorang
sahabat lama RM Hassan Ali ketika beliau menjawat jawatan di dalam
kerajaan dahulu.
Entah bagaimana
dalam dok sibuk berbual mengenai politik, maklumlah rumah terbuka
orang politik, maka tersemburlah topik tentang RM Hassan Ali. Ramai
yang mahu menyampaikan apa yang mereka tahu tentang Hassan Ali.
Macamlah cerita
yang diceritakan, mengenai perkahwinan sulitnya dengan Linda@Liza
yang kini masih terawang-awang . Cerita RM Hassan Ali dengan segala
tabung yang di tubuhkan hanya semata-mata mahu mengisi kantungnya.
Masing-masing mahu diri mereka di beri perhatian.
Namun yang menarik
yang akan penulis sampaikan disini adalah kesah RM Hassan Ali di
Medan dan isteri simpanannya yang bernama Ivy yang berasal dari
Brastagi. Medan Indonesia. Menurut Pak Halim pada pertengahan tahun
90 , Hassan Ali dan Pak Halim sering turun ke Medan, pada mulanya
Pak Halim turun ke Medan atas urusan kerja dan dalam lawatan Pak
Halim dan RM Hassan Ali buat kali pertama ke Medan mereka sempat
bersiar-siar di Bandar Medan untuk membeli belah. Setelah penat
membeli belah mereka pulang ke hotel Polinia tempat mereka menginap.
Sebelum mereka naik ke bilik mereka sempat minum petang di "coffee
house" hotel itu.
Ketika mereka
sedang minum di hotel itu, seorang pelayan yang dalam lingkungan
umur 26 tahun yang berbadan halus berkulit cerah menegur kami."bapak
dari Kuala Lumpur ia....."RM Hassan Ali terus menjawab "Ia ...kenapa
sis...." . pelayan itu lantas tersenyum dan terus beredar ke kaunter
coffe house itu.
Setelah selesai
minum , mereka mahu naik ke bilik lalu memanggil bil. Gadis pelayan
tadi menghulurkan bil dan terus bertanya kepada RM Hassan Ali. "Bila
kapan bapak mahu pulang." RM Hassan Ali menjawab "Kami mungkin akan
tinggal disini selama tiga hari lagi. kenapa sis..."balas RM Hassan
Ali manja.
"Mungkin saya boleh
temankan abang jalan-jalan" balas gadis itu lagi.
RM Hassan Ali hanya
tersenyum dan terus beredar. Bermula dari hari itu saya jarang lagi
keluar bersama RM Hassan Ali dan pada keesokan harinya saya tidak
lagi tinggal sebilik dengan RM Hassan Ali.
Selepas tiga hari
kami bersua di Lobby Hotel untuk pulang ke Malaysia dan disinilah
saya mengenali pelayan itu yang bernama Ivy kerana pelayan ini
menghantar kami sehinga ke airport.
Saya ada menyimpan
gambar Ivy jika sekiranya adik mahukan gambar itu adik bolehlah
datang ke pejabat dengan temujanji agar dapat saya sediakan gambar
itu terang Pak Halim kepada saya sambil menghulurkan "kad
alamat"kepada saya.
Tambahnya lagi
sebelum beredar dan selepas itu Hassan Ali seringke Medan. seakali
sekalau pak Halim ada juga pergi bersama RM Hassan Ali dan tambah
beliau lagi ketika mereka ke Parapat bertiga , Pak Halim pernah
menjadi saksi RM Hassan Ali meninggalkan solat pada hari tersebut.
Pak Halim berkata ,
beliau hanya mampu tersenyum apabila membaca akhbar apabila Hassan
Ali mengatakan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan solat sejak
beliau memasuki alam baligh. Boleh caya kaaa.......' Pak Halim
berlalu sambil tersenyum. Jika ada masa penulis akan menulis lagi
cerita-cerita yang disampaikan oleh Pak Halim kepada penulis.Tentu
RM Hassan Ali masih ingat akan Pak Halim kawan sahabat beliau ketika
sama-sama bertugas di jabatan kerajaan dahulu. Pejabat Pak Halim
kini di Bangsar Park.
Kita tunggu
penafian RM Hassan Ali.