SM TEKNIK KANGAR

 

MENU UTAMA

Tentang Web Ini

Pada laman ini dimuatkan tentang profil sekolah, pengurusan sekolah, aktiviti yang dijalankan dan sejauh mana pencapaian dari segi pengurusan, kurikulum dan kokurikulum.

Latar Belakang Sekolah

Sekolah ini telah didirikan di sebuah tanah lapang dahulunya sawah padi seluas kira-kira 30 ekar, yang terletak di persimpangan Jalan Kangar - Padang Besar dan Jalan Sekolah Derma. Dengan perbelanjaan sebanyak 2.5 juta, bangunan sekolah ini telah siap dibina pada akhir tahun 1072, lengkap dengan beberapa bengkel untuk pelbagai kursus, bilik darjah, makmal sains, asrama, pusat sumber dan kemudahan sukan. Sekolah inin dirasmikan oleh D.Y,M.M Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullai pada 18 Febuari 1975.

Arus perubahan mula melanda Sekolah Menengah Vokasional seluruh Negara pada tahun 1987 apabila sistem pendidikan vokasional diubah agar setaraf dengan sistem pelajaran sekolah menengah akademik biasa. Perubahan ini turut menukarkan peperiksaan SPVM kepada SPMV dan ditambah dengan peperiksaan MLVK. Mulai tahun 1997 perubahan sekali lagi ditukar kepada Sekolah Menengah Teknik. Sistem pendidikan Vokasional masih lagi dikekalkan dan di tambah dengam mata pelajaran Teknik. Selain kursus aliran Teknik, kursus yang ditawarkan di sekolah ini ialah kursus Pertukangan, Perdagangan dan Ekonomi Rumah Tangga. Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Mokhtar bin Haji Ahmad (1973 hingga 1979). Hampir seribu orang pelajar serta lebih seratus orang tenaga pengajar di sekolah yang terlibat dalam berbagai bidang pengkhususan.

Alamat

Tel: 

Cadangan Resolusi: 1024 x 768

1