SM TEKNIK LEBUH CATOR |
||||||
|
MENU UTAMA | |||||
|
Tentang Web Ini | |||||
Laman Web Sekolah ini direkabentuk oleh sekumpulan Penyelaras ICT Zon Utara dan Zon Tengah di City Bay View Langkawi Kedah pada 19 - 21hb. April 2006. Bedasarkan pada Laman Web setiap SM Teknik yang sedia ada kumpulan Penyelaras ICT Zon Utara dan Zon Tengah telah bersepakat untuk menyeragamkan Laman Web di setiap SM Teknik seluruh Malaysia. |
||||||
![]() |
Latar Belakang Sekolah | |||||
Sekolah ini salah sebuah sekolah teknikal yang mula bertapak atau ditubuhkan pada tahun 1930 diberi nama sebagai “Goverment Trade School” dimana seramai 28 orang pelajar sahaja didaftarkan untuk menamatkan pengajian selama 3 tahun . Tujuan utama sekolah ini ditubuhkan adalah untuk melatih pelajar-pelajar dalam Jurusan Mekanikal dan bekerja dengan “Workshop Keretapi Persekutuan Tanah Melayu” . Dalam tahun 1950 sekolah ini telah ditukarkan nama sebagai “Junior Technical Trade School” dengan penambahan kursus seperti Kursus Mekanikal , Tukang Tanggam dan Kayu , Elektrik dan Kimpalan .Pada 1hb. Januari 1963 sekolah ini telah dinaiktaraf “Sekolah Menengah Ketukangan” dengan pengambilan pelajar-pelajar lepasan tingkatan 3 daripada sekolah akademik . Penambahan dua lagi kursus diperkenalkan iaitu Mekanik Kenderaan Motor dan Mekanik Radio & Televisyen . Sukatan pelajaran yang diperkenalkan dalam sekolah ini adalah dalam matapelajaran Bahasa Inggeris , Sains Mekanikal , Sains Kejuruteraan , Sains Elektrikal dan Sains Pembinaan . Segala mesin-mesin dan peralatan bengkel dibekalkan oleh “Colombo Plan” sehingga tahun 1970 .Pada tahun 1968 sekolah ini sekali lagi ditukarkan nama kepada “Sekolah Menengah Vokasional , Lebuh Catur , Ipoh” Pengajian disekolah ini telah dipendekkan menjadi dua tahun (tingkatan 4 dan tingkatan 5 ) dan diakhir tingkatan 5 pelajar-pelajar akan mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia . Dalam perkembangan Kurikulum Baru Sekolah Menengah , Menteri Pendidikan telah memperkenalkan Sistem Baru Pendidikan Vokasional pada tahun 1987 dengan memperkenalkan lapan kursus yang dapat menghasilkan peningkatan pelajar-pelajar dari segi akademik dan vokasional dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) . Pada 1hb. Januari 1997 sekolah ini sekali lagi dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik , Lebuh Cator , Ipoh dan menawarkan 3 jurusan iaitu Jurusan Teknikal , Jurusan Vokasional dan Jurusan Kemahiran. | ||||||
Kod Sekolah | AHE 2189 (A) | |||||
A 97 | ||||||
Alamat | ||||||
Sekolah Menengah
Teknik Labuh Cator 30450 Ipoh Perak |
||||||
Cadangan Resolusi: 1024 x 768 |
||||||
1 | ||||||
|