SM TEKNIK NIBONG TEBAL

 

MENU UTAMA

Tentang Web Ini

Pada laman ini dimuatkan tentang profil sekolah, pengurusan sekolah, aktiviti yang dijalankan dan sejauh mana pencapaian dari segi pengurusan, kurikulum dan kokurikulum.

Latar Belakang Sekolah

Sekolah Menengah Teknik Nibong Tebal (SMTNT) telah dibuka pada 1986. Pada mulanya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal (SMVNT). Kawasannya seluas 25 ekar ini dahulunya merupakan lading getah. Sekolah ini dirasmikan pada 24 Jun 1990 oleh Y.B. Dato Seri Mahathir Mohamed.

Pada peringkat awal, sekolah ini hanya menawarkan kursus aliran vokasional iaitu Elektrik, Elektronik, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan & Fabrikasi Logam, Binaan Bangunan, Automotif dan Pandinginan & Penyejukan Udara. Dalam tahun 1992, sekolah menawarkan pertambahan kursus pendek, antaranya kursus Pemasangan Paip, Penyemburan Cat & Ketuk Mengetuk dan Lukisan Kejuruteraan.

Alamat
Sekolah Menengah Teknik Nibong Tebal Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal Pulau Pinang 

Tel : 04-5932904 Fax : 04-5939059

Pada tahun 1995, sekolah telah melalui penstrukturan semula dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Nibong Tebal. Disamping kursus-kursus vokasional, kursus-kursus aliran teknik ditawarkan iaitu Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.

Cadangan Resolusi: 1024 x 768

1