|
SM TEKNIK PENDANG |
||||||
|
|
MENU UTAMA | |||||
|
|
Tentang Web Ini | |||||
|
Pada laman ini dimuatkan tentang profil sekolah, pengurusan sekolah, aktiviti yang dijalankan dan sejauh mana pencapaian dari segi pengurusan, kurikulum dan kokurikulum. |
||||||
|
|
Latar Belakang Sekolah | |||||
| Sekolah
Menengah Teknik Pendang terletak 8 km dari pekan Guar Chempedak dan lebih
kurang 18 km dari pekan Pendang. Pada 16 Julai 2003 satu sessi penyerahan
bangunan telah dijalankan oleh pihak kontraktor kepada wakil pihak
pengurusan sekolah.Pihak Jabatan Pendidikan Teknikal Kementerian Pelajaran
an Malaysia ketika itu telah memberi kepercayaan kepada Encik Lutfi bin
Abu Hanifah untuk menguruskan hal-hal pentadbiran sekolah.
Secara fizikalnya, Sekolah Menengah Teknik Pendang mempunyai keluasan kira-kira 44.6 ekar.Ia menempatkan 1 blok pentadbiran, blok akedemik (36 buah kelas), makmal PKA, makmal PKE, makmal PKM, makmal Pengajian Pakaian ,makmal Penyajian makanan serta makmal Autocad dan makmal Agroteknologi. Pihak kontraktor juga telah menyerahkan 2 blok asrama iaitu 1 blok asrama untuk penghuni lelaki 1 blok asrama untuk penghuni perempuan. Disamping itu juga,kuarters Pengetua, Penolong kanan,kuarters guru-guru, warden dan staf sokongan turut disediakan. Selain itu,sebuah padang bola, sebuah padang ragbi, 3 buah gelanggang takraw, 3 buah gelanggang tenis, sebuah dewan serbaguna disediakan untuk aktiviti riadah dan ko kurikulum pelajar.Sebuah surau yang dapat memuatkan kira-kira 1000 jemaah juga telah disediakan untuk kegunaan pihak pentadbiran dan pelajar. Jabatan Pendidikan Teknikal telah mengarahkan pihak sekolah untuk menerima pelajar baru tingkatan empat seramai 281 orang pada 15 Februari 2004 untuk memenuhi bidang pengkhususan yang ditawarkan. Dengan bantuan 4 orang staf sokongan dan 25 orang guru,pihak sekolah telah menerima pendaftaran pelajar yang mendaftar terdiri daripada 2 kelas Pengajian Kejuruteraan Awam, 2 kelas Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, 2 kelas Pengajian Kejuruteraan Elektrik, sebuah kelas bagi pengkhususan Pengajian Makanan, sebuah kelas Pengajian Pakaian, sebuah kelas Agroteknologi, serta sebuah kelas perdagangan. Sehingga Februari 2005 pihak SMTP ( STEP ) telah menerima pertambahan 26 orang guru dan 9 orang staf sokongan.Pada 14 Februari 2005 pihak sekolah telah menerima pendaftaran palajar baru sebanyak 400 orang pelajar lagi .Dengan ini jumlah keseluruhan pelajar adalah sebanyak 700 orang. Alamat |
||||||
|
|
||||||
|
|
||||||
|
Cadangan Resolusi: 1024 x 768 |
||||||
| 1 | ||||||
|
|
||||||