Ai Lynn Kusayang
Siti Rohani Mohd Abdah

    Dia melangkah longlai menuju ke perkarangan sekolah yang begitu bising dengan telatah pelajar-pelajarnya itu. Dia tahu yang hari itu merupakan hari pertama sekolah dibuka sejak cuti penggal ketiga yang lalu. Matanya melilau melihat kalau-kalau ada kawan-kawannya yang lain tetapi hampa. Kakinya terus melangkah menuju ke kelas yang telah ditetapkan.

      "Hei, assalamualaikum!" Dia tersentak. Terasa bahunya sakit akibat tepukan yang  kuat.
     
      "Oh, engkau. Aku ingatkan siapa tadi. Ops lupalah. Waalaikumsalam."  Dia sudah kenal sangat dengan temannya itu, Wahidah. Wahidah adalah seorang gadis periang yang pernah dikenali sepuluh tahun lamanya. Mereka merupakan kawan karib sejak kecil lagi.

        "Apa khabar?" Noor Ai Lynn memulakan bicara pada pagi itu.

        "Khabar baik, Eh, Lynn aku ada good newslah. Nak dengar tak?" Wahidah bersuara beria-ia.

        "Alah, kau nie. Kalau ya pun simpanlah dulu cerita kau tu. Aku nak rehat sekejap. Penat nie," ujar Lynn lemah sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi. Dia seolah acuh tidak acuh sahaja dengan cerita yang yang ingin Wahidah sampaikan.

        "Eh, kau ni. Sejak akhir-akhir ini aku lihat asyik letih saja? Ada apa-apa ke?" Wahidah mulai mengusik.

        "Ha, jangan nak merepek pula pagi-pagi buta ni. Apa yang nak kau sampaikan sangat tu?"  Begitulah sifat Ai Lynn selama ini. Dia tidak pernah ingin bercerita tentang dirinya dengan lebih lanjut lagi. Segala-galanya ingin disimpan sendirian.

        "Macam ni Lynn. Tadi aku ada terserempak dengan pelajar baru sekolah ni. Wow! Handsome. Mengancam pula tu. Tak pandailah aku nak gambarkan dengan kata-kata. Orangnya tinggi, putih, loaded pula tu. Hai Lynn, kau tak mahu berkenalan ke?" Begitu lancar Wahidah berceloteh.

        Ringggggggggggggg ! Loceng berbunyi menandakan perbarisan akan bermula.

        "Sudahlah tu. Aku ingatkan engkau nak pergi ke bulan atau London. Jomlah cepat," ujar Lynn sebaik sahaja mendengar apa yang Wahidah sampaikan tadi. Wahidah sendiri hairan dengan perubahan sikap temannya itu. Namun dia mengerti siapa Lynn yang sebenarnya. Lynn merupakan seorang gadis yang banyak menyimpan rahsia tentang keluarganya. Sikapnya juga amat bertentangan dengan apa yang terpancar di wajahnya. Wahidah hanya ingin menghulurkan secebis kedamaian yang dicari-cari oleh temannya itu. Wahidah yakin suatu hari

Updated:
1500 hrs MYT
Sep 8, 1997
JAw 6, 1418 H

Patah balik mukasorat

Kaleh Mukasorat

Nak patah balik? Tekan ja BACK kat browser hangpa tu!! Senang, cepat pun cepat.