PRAKATA


Alhamdulillah, bersyukur saya kerana diberikan kekuatan untuk menerbangkan novel ini di arena peng'internetan'  (…Insya Allah tak lama lagi istilah ini akan diterima pakai di seluruh nusantara….). Adapun saya menghantar novel ini untuk dimuatkan ke dalam ruangan Web Page Wonggea yang tidak seberapanya tu..agar selepas ini saya tidak lagi boring dan bosan menatap rupa seorang manusia yang dok perasan bertenggek kat batu Menara KL nun.


Saya dan Wonggea nie memang macam adik berdik pun…(kekadang tu begaduh gak bila sebut pasal awek sapa lebih lawa…) , cuma yang membezakan hanyalah warna kulit sahaja…..saya nie lebih cerah dan hensem sikit dari dia…(syyy….jangan bilang kat dia..nanti dia 'ban' saya masuk page dia lagik….) Lain-lain…, dia terror sikit daripada saya, pasal tu dia dah ada web page dulu dari saya.

Eh eh…
Saya dah melalut ke hal lain lak. Berkenaan ngan novel saya nie…yg sebenonye bukan karya saya pun….saya ambik dari seorang rakan saya yg rajin menulis cerita. Dia nie memang berjiwa 'zasterawati..' Saya baca novel dia, lalu mengambil keputusan menghantarnya untuk tatapan anda sume. Semoga lepas nie..ada le minat nak masuk web page nie…tak nak bersua muka ngan jantan tu…sekurang-kurangnya boleh gak baca novel yang saya hantaq nie…kan kan kan….

Novel ini akan saya persembahkan dalam bentuk siri. Maknanya bersambung-sambung le..Minggu nie hanya ada prakata sahaja. Minggu depan baru mula ceritanye..Ape…tak sabau nak baca..? Sabau..sabau…Masanya Akan Tiba..!!

Sebenaqnya…
Saya pun belum terpikiaq lagi nak bagi judul apa kat novel nieh. Pasai pa, 'zasterawati' tu tak bubuh tajuk lepas dia habih buat citenye tu. Kalau bagi kat saya buat title ingat aje nak letak Jangan Jadi Soh Chai ka ataupun Brutal….ikut kumpulan rock kegemaran aku..tapi pikiaq punya pikiaq rasa tak sesuai lak…so aku decided bagi tajuk "Ai Lynn Ku Sayang"

Maka sekian dahulu tuan-tuan dan makcik-makcik. Saya habisi prakata ini. Berjumpa lagi anak-anak di minggu hadapan. Jangan lupa dok ngaji kat ghumah yek. Kita akan bersama mengikuti babak pertama kisah "Ai Lynn Ku Sayang"…. Sehingga itu dengarlah ini pesanan penaja rancangan……

Tungggggguuuuuuuuuuuuuuu !!!!!!!!!!!!!!

Pesanan dibawakan oleh,

The BRUTAL Conqueror…..

1997 Millennium Bug Edition…

Balik pi What's New

Kaleh Mukasorat

Nak patah balik? Tekan ja BACK kat browser hangpa tu!! Senang, cepat pun cepat.